Kebanyakan kelas pada hari ini dibatalkan, supaya kami boleh bersedia untuk peperiksaan yang menjelang tidak lama lagi. Ini bermaksud saya perlu belajar bersungguh-sungguh bermula hari ini! (walaupun sudah tahu memang sudah lewat bagi kesedaran ini)
Bagi kelas fizik, saya sungguh bersyukur kerana bab terakhir dalam silibus tahun ini sudah habis! Akhirnya persediaan untuk peperiksaan bagi mata pelajaran fizik boleh dilakukan.
Petang tadi cikgu Matematik Tambahan telah membantu kami membuat ulang kaji jua. Banyak kemusykilan dalam subjek Matematik Tambahan telah terjawab. Saya berasa sungguh gembira.
Hari yang seterusnya akan saya gunakan untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Jadual peperiksaan kali ini sangat padat, masa rehat antara subjek-subjek paling lama hanya selama jam. Pernah seorang cikgu menasihati saya supaya kami membuat persediaan awal kerana tiada masa yang mencukupi akan diberikan kerana masa rehat yang pendek semasa peperiksaan kali ini. Beliau berkata tidak akan sempat membuat persediaan sempurna jika kami baru bermula mengulang kaji pada masa itu.
Hanya diharapkan saya dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan kali ini dengan berjayanya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Yang selebihnya bergantung kepada takdir Tuhan. :)
No comments:
Post a Comment