Pagi ini bangun dengan perasaan yang sungguh gembira kerana pelajar Tahap 1 akan membuat 'kolam' pada hari ini semasa sesi Jati Diri. Kolam merupakan sejenis seni yang menggunakan beras berwarna untuk menghasilkan gambar. Biasanya ini dilakukan oleh penganut Hindu terutamanya perayaan Hari Deepavali. Gambar yang dihasilkan sungguh cantik, temanya kebanyakan berkaitan dengan haiwan dan alam. Oleh itu, di samping meraikan Hari Deepavali yang akan datang, kami akan membuat kolam pada pagi ini.
Kami telah membuat satu kolam yang terdapat lambang kelas kami. Sangat memuaskan. Kami dibahagikan kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kelas kami. Terdapat lima kumpulan yang telah menggunakan beras berwarna yang dibekalkan oleh pihak sekolah untuk menghasilkan "kolam" yang mengkagumkan.
Hari ini menduduki dua ujian, mata pelajaran Fizik dan Matematik Tambahan. Amat bersyukur kerana saya dapat soalan dalam kedua-dua ujian itu.
Walaupun hari persekolahan yang terakhir dalam minggu ini, tidak bermakna hari 'diseksa' kerja-kerja sekolah tamat. Banyak lagi kerja-kerja sekolah yang perlu dihantar pada minggu depan, oleh itu, saya perlu mula membuat kerja sekolah secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment