Thursday, October 30, 2014

Yang Terakhir, di mana Yang Baharu Bermula

Hari ini walaupun tidak terkira hari persekolahan terakhir sebelum peperiksaan bermula, hari ini ialah hari terakhir bagi kebanyakan kelas. Hari mungkin merupakan hari yang terakhir dalam tahun ini saya berjumpa dengan guru-guru saya sebelum peperiksaan bermula.

Kelas LA hari ini ditinggalkan dengan penuh kekesalan kerana cikgu LA tidak dapat datang ke kelas. Tidak dapat berjumpa dengan cikgu buat kali terakhir... T^T

Sempena kelas matematik yang terakhir ini, cikgu telah bersama-sama kami menolong kami membuat ulang kaji tentang tajuk-tajuk dalam silibus matematik. Sebelum kelas habis, beliau telah mengambil "usie" (mengambil gambar sendiri dengan ramai orang dalam kamera) dengan kami. Kami telah membuat pelbagai posisi di hadapan kamera menyebabkan gambar-gambar tersebut sungguh kelakar.

Kami telah menonton video semasa kelas Bahasa Inggeris yang terakhir. Video yang menceritakan tentang "Toy Story" sangat kelakar. Video itu sebuah karton America, walaupun hanya 30 minit, masa itu sudah cukup menyebabkan kami ketawa tidah berhenti selama itu.

Hari-hari belajar yang manis hampir akhir,
Hari peperiksaan yang menguji hasil pembelajaran hampir tiba;
Kenangan-kenangan manis disimpan dalam album gambar,
Cita-cita dipahat di hati tidak dilupa.


No comments:

Post a Comment