Terdapat empat orang angkasawan telah dijemput dari beberapa negara dari seluruh dunia untuk memeriahkan program ini, iaitu Dato' Sheikh Muszaphar Shukor, Dr. Chiaki Mukai, Salizhan Shakirovich Sharipov dan Klaus-Dietrich Flade. Dato' Shiekh Muszaphar Shukor merupakan seorang angkasawan Malaysia dan beliau merupakan angkasawan Malaysia yang pertama di Malaysia! Dr Chiaki merupakan seorang warganegara Jepun, Salizhan Shakirovich adalah dari Russia manakala Klaus-Dietrich berasal dari Jerman. Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia, juga dijemput untuk menjadi perasmi program.
Program ini sungguh menarik. Setiap angkasawan yang dijemput telah berkongsi pengalaman masing-masing kepada kami. Rupanya mereka telah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan sejak kecil lagi. Walaupun mereka bekerja sebagai profesion yang berbeza, mereka boleh dipilih sebagai seorang angkasawan asalkan mereka memenuhi keperluan untuk menjadi seorang angkasawan. Mereka telah mengatasi ketakutan mereka terhadap apa-apa benda jua. Menurut mereka, pendidikan amat penting kerana dengan pendidikan yang betul sahaja dapat seorang angkasawan atau lebih dilahirkan.
Selain melakukan pembaikan terhadap ISS (Internatinal Space Station, atau juga dikenali sebagai Stesen Angkasa Antarabangsa), angkasawan-angkasawan juga melakukan eksperimen-eksperimen dalam bidang perubatan seperti sel-sel kanser untuk mencari penawar bagi penyakit kanser. Mereka telah menunjukkan beberapa video yang menggambarkan kehidupan mereka di angkasa. Kehidupan di angkasa sungguh seronok dan menarik. Dalam keadaan mikrograviti, segala benda terapung. Terdapat pelbagai fenomenen yang boleh dilihat yang tidak mungkin berlaku di bumi atas sebab graviti.
Program diakhiri dengan sesi mengambil gambar dan tandatangan. Walaupun keadaan sangat kelam-kabut pada sesi mengambil gambar, program ini sungguh berjaya dan kami semua berasa seronok dan gembira!
Terdapat satu bengkel roket diadakan pada petang di DECTAR, namun saya tidak dapat menyertai kerana saya tidak memberi nama saya untuk didaftarkan sebelum ini, saya sungguh kesal.
Ini adalah risalah tentang Program UKM di Angkasa.
Gambar angkasawan dengan bekas Perdana Menteri.
Dari kiri merupakan Dato' Sheikh Muszaphar, Professor Datuk Dr. Noor Azlan, naib kanselor UKM, Dr. Mahathir, Dr. Chiaki Mukai, Klaus-Dietrich Flade dan Salizhan Shakirovich.
No comments:
Post a Comment