Rasanya Peperiksaan Akhir Tahun akan datang dalam sebulan lagi. Cikgu meminta kami untuk membuat kajian tentang novel "Papa...(akhirnya kau tewas jua!)", tetapi saya belum membacanya. Saya perlu 'mengosongkan' masa saya untuk membacanya, sebuah novel yang menarik kononnya daripada pendapat kawan saya.
Membaca buku bahasa lain selain bahasa ibunda saya selalu tidak menjadi pilihan saya, apatah lagi buku novel. Sejak belajar di Tingkatan 1, tidak sangka membaca cerita-cerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi wajib dan terdapat dalam silibus pembelajaran. Perubahan ini memang merupakan satu perkara yang amat mempanikkan saya. Namun, setelah tiga tahun kehidupan saya di sekolah menengah, saya sudah biasa dengan perkara ini.
Perkara yang paling membimbangkan saya masih ialah peperiksaan yang akan datang. Selain kerja sekolah yang sungguh banyak, kesuntukan masa bagi guru-guru untuk menghabiskan silibus juga merisaukan saya. Saya risau kerana kemungkinan silibus tidak dapat dihabiskan sebelum peperiksaan akhir tahun. Aduhai, tiada guna untuk risau tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan, manusia yang merancangkan, Tuhan yang menentukan!
No comments:
Post a Comment