Thursday, October 9, 2014

Kewujudan Wifi masih tidak dikesan :C

Hari ini bangun lewat. Saya terpaksa makan sarapan saya dengan tergopoh-gopoh. Nasib baik saya tidak tercekik. Persediaan ke kelas semuanya dilakukan dengan cepat sampai hampir tertinggal buku teks.

Cikgu Bahasa Melayu mengedarkan kertas peperiksaan pagi ini, saya terkagum kerana keputusan teruk mata pelajaran Bahasa Melayu adalah disebabkan kesalahan akibat kecuaian dan kekurangan persediaan untuk peperiksaan. Tambahan pula, disebabkan kekurangan latihan untuk bahagian rumusan dan tatabahasa, markah saya banyak ditolak. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna, saya tidak boleh mengadu tentang apa-apa sebaliknya berusaha untuk peperiksaan akhir tahun, seperti dikatakan orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan.

Entah kenapa sambungan Internet di sekolah selalu terdapat masalah akhir-akhir ini. Pada waktu Sejarah petang tadi, cikgu meminta kita mencari maklumat tentang tugasan yang beliau bagi. Namun, disebabkan gangguan Internet selepas bekalan elektrik dibaiki, Kebanyakan pelajar terpaksa pergi ke makmal bahasa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Malam tadi telah saya hadiri satu bengkel SPM bagi subjek Bahasa Cina. Penceramah sangat mesra dengan kami dan cara beliau memberi ceramah sangat menarik, Saya tidak berasa mengantuk padahal saya selalu tidur pada masa itu. Telah banyak ilmu yang telah beliau kongsikan. Ilmu-ilmu itu sangat berguna terutamanya semasa musim peperiksaan.

Sekarang saya sedang "berusaha" dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perkhidmatan Internet. Saya terpaksa menggunakan "mobile data" yang kelajuannya sederhana. Diharapkan Wifi sekolah dapat dibaiki secepat mungkin kerana hidup tanpa Wifi sangat perih, terutamanya pada masa 'kecemasan' untuk menyiapkan kerja sekolah!

No comments:

Post a Comment