Friday, October 24, 2014

Seminggu sebelum peperiksaan

Seminggu sahaja tinggal sebelum peperiksaan akhir tahun, saya masih belum bersedia dengan baik untuk menghadapi, cikgu-cikgu telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, hanya tiba masanya saya sebagai seorang murid membalas jasa guru-guru dengan keputusan yang cemerlang.


Menurut guru, sesi Jati Diri pada minggu ini kemungkinan ialah sesi terakhir bagi pelajar Tahap 1. Cepatnya masa berlalu, dari mula tahun sampai akhir tahun, masa setahun berlalu dengan lajunya sampai kehilangannya tidak diperasan. Bagi sesi yang terakhir, cikgu kaunseling yang menjalankan sesi ini telah mengajar kami perkara yang paling penting dalam hidup seseorang, teknik berkomunikasi. Beliau telah mengajar kami cara-cara komunikasi yang berkesan dan pantang larang dalam komunikasi seharian. Selain itu, beliau telah menunjukkan satu video untuk menggambarkan akibat kegagalan melaksanakan komunikasi yang berkesan. Video itu adalah tentang satu dialog antara seorang doktor dengan pesakitnya. Akibat kegagalan doktor melakukan komunikasi yang berkesan, beliau gagal memahami masalah pesakitnya dengan sepenuhnya manakala pesakit itu tidak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya dinikmati olehnya.


Petang tadi semasa waktu Matematik Tambahan, saya kurang memahami apa yang diajar oleh guru kerana bukan sahaja topik itu agak susah, tetapi juga saya agak mengantuk dan kurang dapat menumpukan perhatian, haha :)".

Semakin hari semakin menjelang minggu peperiksaan, semakin hari semakin bertambah kerja sekolah, saya perlu bijak menguruskan masa saya untuk mengatasi keadaan begini. 

No comments:

Post a Comment