Hari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) mengadakan aktivit "De-stress Day". Saya merupakan antara AJK yang menguruskan aktiviti ini. Sungguh penat menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan bagi stesen saya. Namun melihat peserta-peserta yang 'terpaksa' menjawab soalan-soalan 'paling susah di dunia', saya berasa peserta yang lebih letih daripada kami (AJK De-stress Day), haha.
Aktiviti seterusnya adalah proses P&P yang kurang dicintai pelajar (LOL) dan makan tengah hari! Hari Jumaat sentiasa adalah hari yang paling menggembirakan kerana makanan tengah hari adalah sama ada nasi goreng ataupun nasi ayam. Tambahan pula terdapat ais krim yang percuma...wah, sedapnya keenakan ais krim!
Walaupun hari ini ialah hari terakhir persekolahan bagi minggu ini, kerja sekolah yang cikgu-cikgu bagi belum satu disiapkan. Saya rasa minggu ini akan menjadi minggu yang sibuk dengan longgokan kerja sekolah dan buku.
No comments:
Post a Comment