
Kemudian, makna mejadi kejayaan menjadi persoalan aku. Semua orang berjaya jika keimanan hati tercapai. Kekayaan dan gelaran hanya semata-mata mengisi nafsu hati seseorang. Tiada gunanya jika seseorang tiada batasan ketamakannya, walaupun dia telah berjaya.
Orang selalu kata, usaha tangga kejayaan. Namun, bagi aku, nasib dan kepintaran lebih memainkan peranan. Penyataan aku bukan hanya berangan-angan, tetapi dibuktikan. Jika diperlihatkan orang-orang kaya di dunia, kebanyakannya bergantung kepada bakat luar biasa sendiri, jarang yang berjaya akibat usaha sahaja. Kita dapat melihat, anak-anak yang ponteng sekolah dan nakal semasa kecil, kebanyakan menjadi orang yang terkaya di dunia. Sebaliknya anak murid yang mendapat keputusan cemerlang pada kertas kedudukan, kebiasaan hanya mendapat satu pekerjaan yang hanya mencukupi untuk menyara diri selepas mereka masuk ke alam pekerjaan. Sudah terbukti, memang usaha perlu ada jika ingin berjaya, tetapi segalanya hanya impian jika tiada pelengkap kepada elemen ini.
Kejayaan bukan kekayaan, bukan kekuasaan, ialah keimanan kepada Tuhan...
No comments:
Post a Comment