Namun, cikgu tidak dapat menghadiri kelas pada hari ini kerana sibuk. Oleh itu, saya bercadang untuk membuat latihan bagi drama yang akan dipersembahkan oleh kumpulan saya pada petang ini untuk subjek Bahasa Inggeris. Namun, disebabkan masing-masing terdapat tugasan-tugasan yang belum disiapkan, latihan terpaksa ditangguhkan ke waktu rehat tengah hari.
Waktu matematik adalah waktu yang paling seronok. Kita belajar tentang "angles of elevation" dan "angles of depression". Cikgu telah memilih beberapa orang untuk menjadi 'guru' dan mengajar kami. Mereka telah menyediakan satu permainan, ialah "teka apakah yang orang itu sedang lihat". Seorang dipilih menjadi model, dia akan melihat ke suatu arah dan kami perlu meneka apakah yang sedang dia lihat. Saya selalu meneka salah benda yang dia lihat.
Waktu yang paling seronok pada hari ini adalah kelas Bahasa Inggeris. Terdapt empat kumpulan yang dibahagikan oleh guru untuk mempersembahkan satu drama Inggeris bernama "Gulps and Gasp".
No comments:
Post a Comment