Monday, October 13, 2014

Malam tanpa tidur...

Hari ini bangun sangat lambat, hampir pukul 7.45 pagi baru bangun, disebabkan terlalu letih dan keselesaan malam berhujan. Bergegas ke tandas untuk membuat persediaan sebelum memulakan hidup seharian saya. Belum sempat makan sarapan perhimpunan sudah bermula. Hanya boleh menghadiri perhimpunan dengan perut yang sungguh kosong dan lapar.

Semasa waktu Bahasa Melayu, cikgu ingin memeriksa blog kami. Baru saya tahu kawan-kawan saya juga menjadi mangsa dalam "krisis Wifi" ini. Terdapat sesetengah orang belum mengemas kini blog masing-masing selama satu minggu!

Terdapat sesuatu perkara yang berlaku yang boleh diambil ikhtibar daripadanya semasa waktu sejarah. Kumpulan yang sepatutnya membuat pertunjukan hari ini, disebabkan tidak sempat menyiapkan slide-slide dalam masa yang diberikan, mereka terpaksa menangguhkan kelas sejarah pada hari keesokan. Menurut mereka, kesilapan ini adalah disebabkan mereka lewat mendapat tajuk pertunjukan mereka sedangkan satu daripada ahli kumpulan mereka yang telah mendapat tajuk lewat menghantarkan tajuk pertunjukan mereka dengan SMS. (pengajaran hari ini : sentiasa memastikan kerjasama dan kepercayaan antara orang lain semasa dalam aktiviti kumpulan dan jangan cuba membuat kerja sambil lewa.)

Okay, sudah larut malam. Kerja rumah matematik tambahan dan fizik belum satu disiapkan, perlu berhenti menaip di sini. :D

No comments:

Post a Comment