Saya telah membazirkan masa pagi saya dengan aktiviti tidur. Entah kenapa sejak beberapa hari dahulu, saya berasa sangat penat. Keinginan untuk tidur tidak berhenti menghantui saya. Nasib baik hari ini adalah cuti ganti, tidak tahu apa yang akan berlaku jika hari ini hari sekolah seperti biasa. Namun esok ialah hari sekolah biasa (malangnya), saya belum memulakan apa yang saya sepatutnya sudah siapkan sebelum malam ini!
Makanan tengah hari tadi tidak seberapa sesuai untuk selera saya, namun kelazatan makanan malam tidak dapat saya elakkan. Daging ayam yang kurang menarik saya dan sos lada hitam yang menjadi saya terhilang kawalan terhadap jumlah makanan yang telah saya makan pada malam ini. Wah, hanya sos lada hitam dapat membuka selera saya!
Saya rasa di sinilah saya berhenti menulis blog, perlu menyiapkan kerja sekolah. Selamat balik ke sekolah!
No comments:
Post a Comment