Wednesday, October 29, 2014

Kepercayaan...

Kepercayaan sangat rapuh, kepercayaan umpama sekeping kertas, senang dikoyak, mudah dikemek. 


Manusia sekarang kurang memahami erti kepercayaan, mereka besikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Demi kebaikan sendiri, sahabat karib sanggup dikhianati, musuh sendiri sanggup digelar 'kawan'. Manusia sekarang, ketamakannya semakin ngeri. Ketamakan mereka seperti lubang hitam di angkasa, makin banyak diberi, makin besarlah lubang itu, tidak akan dipenuhi. 

Hubungan manusia kini semakin longgar. Hubungan terjalin itu, lagi rapuh daripada sekeping kertas, lagi lemah daripada selembar benang. Kawan karib di mata orang, demi kebaikan sahaja daripada "kawan karib" itu di dalam hati. Musuh menjadi sahabat, semata-matanya untuk keuntungan yang tidak berbaloi langsung untuk mengkhianati orang lain.

Bohong merupakan pemusnah hubungan antara kawan. Bohong itu umpana sebilah gunting, mengoyakkan helaian kertas itu yang nipis; umpana sebatang pen, meninggalkan kesan dakwat di atas kertas itu, walaupun dapat ditutupi, tidak dapat dipadamkan, hubungan juga tidak seperti dahulu.

Betul kata orang lain, jika satu bohong dikatakan, berpuluh-puluh lagi bohong perlu diikarangkan untuk membuktikan 'kebenaran' bohong sebelum itu. Namun bohong itu dosa, walaupun memberi faedah bagi masa terdekat, merosakkan kepercayaan daripada orang lain terhadapnya pada masa depan. 

Masyarakat dahulu, sentiasa kepercayaan didahului; masyarakat kini, mengutamakan keuntungan dan kebaikan, sanggup meninggalkan nilai kepercayaan yang boleh membawa mereka ke alam syurga. Dunia ini sudah berubah, orang yang setia dilukai dan dikhianati; orang yang berbohong dan mengkhianati mendapat 'kepercayaan'. Setiap orang memakai satu topeng, untuk melindungi dan menyembunyi wajah sebenarnya mereka untuk mendapat kepercayaan yang akan dikhianati mereka masa nanti.

Zaman sekarang, kepercayaan dilayan sampah, berbohong menjadi cara berhidup.

No comments:

Post a Comment