Pada suatu pagi sebelum ini, terdapat kad-kad manila yang tertulis "If you want to talk about oppression, talk about autism, not Muslim women (Jika anda ingin berbincang tentang penindasan, berbincanglah tentang autisme, bukannya perempuan Muslim) tertampal di merata-rata tempat, baik di dewan makan baik di dewan serbaguna. Semasa itu saya kurang faham kata-kata ini, namun segala kemusykilan terjawab semasa penampal kad-kad ini, seorang senior telah berkongsi tentang penyelidikannya pagi ini.
Di negara Malaysia, kita faham kenapa perempuan Muslim perlu menutupi kebanyakan bahagian badan mereka seperti memakai tudung supaya aurat tidak terdedah. Namun bagi negara bukan Islam yang lain, seperti Amerika Syarikat, mereka kurang memahami tujuan ini, Sebaliknya, mereka menganggap ini sebagai satu penindasan terhadap mereka.
Ayat tersebut "jika anda ingin berbincang tentang penindasan, berbincanglah tentang autisme, bukannya perempuan Muslim" telah menyedari tentang orang ramai tentang autisme. Ayat tersebut menunjukkan bahawa perempuan Muslim yang menutup anggota badan bukan melakukan penindasan terhadap sendiri, sebaliknya ialah kepercayaan mereka yang tulen kepada Tuhan. Padahal, autisme adalah sesuatu kerugian kepada masyarakat dan negara. Hal ini kerana biasanya kanak-kanak autisme mempunyai satu bakat atau dua yang sangat unik, tetapi disebabkan pemikiran mereka yang kurang bergaul dengan sosial, bakat mereka tenggelam, tidak dapat menyerlah. Masyarakat perlu meningkatkan pengetahuan mereka tentang autisme dan memberi keprihatinan kepada golongan ini.
Perkongsian beliau telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan murid dan mendapat pujian daripada cikgu kerana kepekaan dan keprihatinannya terhadap masyarakat.
No comments:
Post a Comment