Friday, October 10, 2014

Sungguh malang..Sungguh bersedih...

Bangun lewat lagi...tidak sempat untuk makan sarapan perhimpunan sudah bermula...

Hari ini hari Jumaat, saya amat gembira kerana makanan tengah hari pada hari ini adalah yang paling sedap dalam minggu ini. Nasi ayam dengan kicap, rasa yang tidak dapat ditahan.

Namun, segala perkara tidak menjadi hirauan saya setelah saya diberitahu Wifi telah ditarik balik. Wifi akan ditutup pada waktu malam, bererti saya hanya dapat menggunakan Internet pada waktu siang. Apa yang saya diberitahu ialah Wifi ditarik balik kerana terdapat sesetengah orang yang menyalahgunakan Internet, seperti untuk bermain permainan komputer dan laman web sosial, Namun, saya kurang bersetuju bahawa melayari laman web sosial adalah suatu penyalahgunaan kemudahan Internet. Laman web sosial telah membantu kami untuk menyampaikan mesej dan informasi seperti pemberitahuan dan perbincangan kerja sekolah dalam masa yang cepat dan tepat. Kemudahan Internet telah menjimatkan tenaga dan masa kami terutamanya signal mobil di sekolah ini kurang kuat.

Saya rasa saya akan menyambungkan cerita 'tragedi' di sekolah saya esok. Saya perlu tidur awal hari ini untuk menghadiri aktiviti kokurikulum pada esok pagi.

No comments:

Post a Comment