Hari ini telah akhirnya mendapat tidur yang mencukupi dan lagi selesa. Tidak perlu mencuriga, hari ini adalah hari cuti umum Hari Deepavali! Di sini ingin menyampaikan ucapan "Selamat Hari Deepavali" kepada kawan-kawan Hindu dahulu :
Tiada langsung aktiviti yang diadakan di sekolah ini, oleh itu saya berancang untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran sempena hari cuti yang sudah lama kami harapkan. Namun, segalanya tidak seperti yang saya jangkakan (kerja sekolah disiapkan dan lain-lain). Saya hanya sempat menyiapkan sebahagian kerja sekolah, sebahagian yang saya jangkakan untuk diulang kaji. Okay, sekurang-kurangnya saya telah berehat dengan secukupnya. Sampai sinilah coretan saya untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment