Friday, October 10, 2014

Sangat Malang...Amat bersedih...

Awal pagi ini saya berasa kurang sihat selepas bangun. Saya sebenarnya bercadang untuk mengambil cuti untuk satu hari...tetapi memandangkan kelas-kelas untuk hari ini agak menarik, saya perlu bertabah! Nasib baik keadaan bertambah baik selepas makan malam.

Pagi ini tiada kelas LA (Linear Algebra) kononnya. Namun semasa saya tiba di kelas, kelihatan cikgu duduk di dalam kelas menunggu kedatangan kita. Nasub baik saya pergi ke kelas dan mendapati bahawa berita itu kurang tepat, entah berapa lama cikgu perlu menunggu jika saya tidak pergi ke kelas.

Semasa waktu matematik moden, kami telah belajar tentang bulatan. Untuk mengukuhkan ilmu dalam minda kami, cikgu telah memilih beberapa orang untuk menjalankan beberapa permainan. Telah beberapa permainan kami jalankan, tetapi terdapat satu permainan yang menyebabkan kami termasuk cikgu matematik ketawa tanpa berhenti, iaitu aktiviti membentuk graf dengan menggunakan anggoata badan. Lelaki dan perempuan dibahagikan kepada dua kumpulan, cara kumpulan lelaki membentuk graf terlalu lawak (alamak, terlupa ambil gambar!). Saya ketawa terlalu kuat sampai perut saya sakit.

Malam ini malam yang kurang bernasib. Wifi selalu gagal berfungsi, hendak menyiapkan kerja sekolah juga susah. aduhai..malangnya minggu ini...masih berharap Wifi dapat dibaiki secepat mungkin...

okay...saya perlu rehat...jumpa kali lain !


No comments:

Post a Comment