Cikgu untuk kelas LA tidak datang hari ini. Oleh itu kami telah mendapat masa lapang lagi selama dua jam. =)
Petang tadi sekolah telah mengadakan bengkel penyelidikan bagi pelajar Tahap 1. Bengkel ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar menyediakan maklumat-maklumat asas penyelidikan seperti objektif penyelidikan dan soalan penyelidikan. Bengkel ini bermula selepas rehat tengah hari. Bengkel ini banyak membantu kami untuk menyediakan dan memulakan penyelidikan kami yang data dikumpulkannya perlu dihantar sebelum bulan Disember.
Petang ini disambungkan lagi pertandingan badminton antara kelas. Saya telah menyertai kategori badminton beregu.
Disebabkan saya kurang mahir dalam bermain badminton, kumpulan saya selalu hilang markah. Walaupun markah kami dengan pihak lawan pernah menjadi seri, tetapi mereka memenangi set pertama dengan mata lebih 1 markah. Sungguh kesal apabila markah pihak lawan telah menjadi jurang yang amat besar antara mata kami sejak permulaan set kedua. Seperti jangkaan saya, mereka telah memenangi set kedua dan seterusnya menjadi pemenang bagi permainan badminton itu. Namun kekalahan bukan titik tamatan hidup, sebaliknya kekalahan ialah titik permulaan pengembaraan hidup yang baharu yang dapat saya belajari lagi banyak perkara!
No comments:
Post a Comment