Saturday, October 18, 2014

Renang...penat...aktiviti PRS...

Hari Sabtu yang cerah, hari yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kokurikulum. Hari ini ialah kelas renang saya yang kedua. Instruktor telah mengajar cara menyelam ke kolam air dari darat. Semua yang belajar pada hari ini lebih menarik dan mencabar daripada apa yang diajarkan pada minggu lepas.

Saya berasa sangat penat selepas kelas renang. Nasib baik makanan di dewan makan belum habis setiba kami di sekolah, tidak seperti minggu lepas.

Saya kemudian meghadiri kem motivasi Asas 1. Saya ialah seorang fasilitator dalam kem ini. Kem ini bermula dari malam kelmarin. Kem ini bertujuan untuk membantu mengajar murid-murid di Asas 1 belajar untuk hidup berdikari dalam kehidupan mereka di sebuah sekolah berasrama kerana tiada lagi ibu bapa akan sentiasa berada di sisi mereka untuk melakukan sebarang kerja.

Kem ini berlangsung sampai pukul 11 malam tadi. Program ini agak berjaya walaupun sesetengah aktiviti terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan akibat aktiviti kokurikulum. Peserta-peserta telah mempelajari banyak nilai-nilai dan ilmu untuk membiasakan diri dengan hidup di sekolah berasrama.

Akhirnya...walaupun kami semua penat, tetapi kami berasa seronok!

No comments:

Post a Comment