Awal pagi bangun hendak mendaftar masuk Facebook, tetapi mendapati ketiadaan Wifi. Amat kecewa. Namun, perkara ini tidak sangat menjadi risauan saya kerana hari ini saya akan menghadiri kelas renang saya pertama pada tahun ini! Disebabkan kesuntukan masa, peperiksaan dan faktor lain, kelas renang setiap minggu selalu terpaksa ditangguhkan.
Kami (lelaki) perlu menunggu sampai giliran kami untuk menggunakan kolam renang sewaktu kami tiba di sana. Tidak apa, perkara yang seronok adalah berbaloi untuk ditunggu.
Luar jangkaan saya, instruktor renang saya ialah seorang wanita putih (saya tidak pandang kaum, cuma rasa terkejut). Beliau telah dapat mengajar kami dengan bagus. Beliau menerangkan cara berenang dan teknik-tekniknya dengan jelas sekali walaupun dalam bahasa Inggeris, menunjukkan demotrasi dengan baik, sehingga seorang yang langsung tidak reti berenang seperti saya dapat berenang, paling kurang 'timbul' di atas air! :)
Namun, disebabkan terlupa untuk memanaskan badan sebelum masuk ke air, seluruh badan saya sakit setelah kelas renang tamat. Aduh, badan saya masih sakit walaupun sudah beberapa jam balik ke asrama!
Saya berasa di sinilah saya tamatkan coretan saya...kerana saya perlu berehat awal supaya rasa kesakitan yang menderita ini dapat hilang seawal mungkin!
No comments:
Post a Comment