Saturday, October 4, 2014

Sebelum Hari Raya Aidiladha!

Hari ini ialah hari Sabtu yang menggembirakan. Saya bersama kawan-kawan saya telah mengunjungi beberapa kompleks beli-belah di Bandar Raya Kuala Lumpur. Akhirnya, disebabkan terlalu asyik dalam berjalan, kaki saya sakit setelah saya balik ke sekolah saya. Namun, saya telah makan hidangan yang lama saya tidak jumpa. Wah, sedapnya! Tidak dapat dilupakan perbelanjaan hari ini, hampir telah habis menggunakan wang yang telah saya bawa!

Sudah menjadi biasa duit untuk tambang teksi dan komuter KTM perlu disediakan jika perlu 'outing'. Jumlahnya bergantung kepada tempat yang saya inginkan pergi (atau tempat yang kawan saya hendak pergi, haha :D). Biasanya lebih kurang RM 20 untuk pergi dan balik. Hari ini juga seperti biasa, walaupun tempat yang saya pergi lebih jauh, tambang lain telah digantikan dengan "kesakitan kaki" akibat berjalan dengan selipar (kerana kawan-kawan saya kebanyakan memakai kasut sukan) tanpa berhenti selama satu hari! Segalanya berbaloi setelah dapat menonton satu filem di pawagan bertajuk "Dracula Untold". Kedengaran filem ini mendapat banyak komen, baik positif baik negatif, filem ini adalah agak berjaya pada pendapat saya (amat kesal kerana wang kurang cukup untuk menonton filem ini dalam versi :C). Juga telah membeli beberapa roti dari kedai roti "The Loaf". Wah, kesedapan roti sebegini adalah kali pertama dalam hidup saya, berbaloi berbanding dengan harga roti yang sedikit tinggi daripada roti lain!

Akhirnya, tidak dilupai, selamat Hari Raya Aidiladha!

No comments:

Post a Comment