Hampir satu hari tidak mengemas kini blog saya...bukan sebab lain, tetapi disebabkan Wifi yang telah "ditutup" sepanjang hujung minggu ini. Aduhai, tidak tersangka Wifi akan "ditutup" sepanjang hujung minggu. Saya ingat Wifi sebaliknya akan "dibuka" sepanjang hujung minggu. Sedihnya...
Kurang dapat memahami sebab-sebab pihak sekolah membuat keputusan sebegini. 'Menutup' kemudahan Wifi, sedangkan kami boleh menggunakan kemudahan "mobile data" atau "jalur lebar" untuk mengatasi "krisis" ini, cuma kelajuan Internet kurang laju.
Kedengaran 'tragedi' ini adalah disebabkan kesalahgunaan kemudahan Internet oleh pelajar sendiri, menurut kata warden. Beliau berkata beliau mendapati terdapat sesetengah pelajar menggunakan Internet untuk melayari Internet bukan unsur ilmiah seperti Facebook and Youtube. Pada pendapat saya, apakah yang salah jika multimedia seperti video dapat membantu pembelajaran pelajar (kebanyankan video mudah didapatkan dari laman web Youtube) ? Kenapa masih terdapat orang yang fikirannya tertutup berpendapat bahawa proses pembelajaran hanya boleh dijalankan di dalam bilik darjah dengan pen dan buku? Lebih-lebih lagi sekolah ini sebuah sekolah yang berfikiran terbuka? "Catuan" Internet telah banyak membawa kesusahan. Sebagai contoh, kita tidak dapat membuat sesetengah kerja sekolah selepas kerja sekolah dan segalanya perlu dimuat turun terlebih dahulu padahal semua ini adalah tidak diperlukan sebelum ini. Adakah disebabkan prestasi akademik sesetengah pelajar yang semakin menurun? Mungkin. Namun adalah berguna jika menggunakan cara yang begini kurang berkesan tetapi membawa lebih banyak keburukan kepada pelajar yang ingin menyiapkan kerja sekolah daripada cuba menghalang "penyalahgunaan" Internet oleh pelajar? Tepuk dada tanya selera. Hanya pendekatan yang betul-betul disediakan untuk pelajar yang lemah dalam pelajaran dapat memberi kesan yang memuaskan, bukannya cara 'menutup' kemudahan Wifi yang mengganggu pelajar yang ingin menyiapkan kerja sekolah masing-masing dan menimbulkan ketidakpuasan pelajar-pelajar.
Okay, masa sudah lewat untuk tidur. Satu malam yang berhujan. Mesti selesa untuk tidur. Selamat tinggal dan jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment