Kami telah bermain permainan "bola beracun" pada pagi ini. Sungguh menarik, tetapi saya tidak dapat menyertai kerana pagi ini saya kurang sihat.
Seperti gambar di atas, kami dibahagikan kepada dua kumpulan, pihak menyerang dan pihak "dibaling bola". Pihak "dibaling bola" akan membentuk satu bulatan yang besar di mana pihak penyerang akan berada di dalam bulatan itu. Pihak menyerang akan membaling bola ke pihak "dibaling bola". Ahli pasukan yang dibalingkan bola dikira kalah. Permainan tamat apabila ahli kumpulan "dibaling bola" semua disingkirkan.
Memandangkan peperiksaan akhir tahun sudah mendekati, pihak sekolah telah mengadakan bengkel "Study Skills" (teknik belajar) untuk pelajar Aras 1 dan Asas 1. Kami didedahkan dengan pelbagai teknik belajar yang lebih efektif terutamanya menjelang minggu peperiksaan. Walaupun kami sudah banyak mengetahui teknik-teknik belajar, kami baru menyedari sebenarnya kami belum menguasainya. Sungguh bermakna bengkel ini, walaupun bengkel ini hanya berlangsung selama satu jam lebih, kami telah banyak menimba ilmu baharu.
Hari ini sungguh bermakna, tambahan pula hari esok ialah cuti Hari Deepavali, oleh itu saya tidak perlu bangun awal!
No comments:
Post a Comment