Kami mempunyai kelas PJK selepas perhimpunan. Kelas pada hari ini sangat menarik. Cikgu mengajar kami satu jenis sukan yang merupakan acara dalam sukam paralimpik, iaitu Goalball.
Jenis sukan ini sangat menarik. Sukan ini adalah satu jenis sukan buta. Setiap pemain akan ditutup mata masing-masing sebelum permainan bermula. Oleh itu, setiap pemain akan menjadi "orang buta" dalam permainan ini.
Peraturan permainan ini agak senang. Pihak penyerang akan menggolek bola ke arah jaring lawan dengan melepasi beberapa garisan, atau halangan daripada pihak lawan. Lagi banyak halangan yang dapat bola itu lepasi, lebih banyak markah yang diperoleh pihak penyerang. Manakala empat lapisan halangan yang dibentuk pihak menahan akan menahan bola. Pihak yang mendapat markah paling tinggi menang.
Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, pihak menyerang dan pihak menahan, serta saling bertukar pihak setelah satu permainan tamat. Walaupun akhirnya pasukan saya kalah, kami semua berasa gembira dan puas hati. Dapat mengalami kesusahan golongan buta dalam hidup seharian mereka supaya memahami perasaan mereka apabila mereka diejek. Kebanyakan daripada kami tidak dapat mengesan kehadiran bola dan berjaya menangkapnya (terdapat loceng di dalam bola supaya berbunyi semasa dibaling). Kami berasa hormat kepada pemain-pemain Goalball Paralimpik kerana mereka bukan sahaja dapat menangkap bola, mereka juga satu semangat yang tabah.
Gelagat kawan-kawan saya cuba menangkap bola dalam keadaan 'buta' sangat kelakar.
Selepas itu, kami menghadiri kelas seterusnya dengan penatnya~~~
Sukan ini sangat menarik dan bermakna. Sukan ini mengajar kita supaya selalu memahami perasaan orang lain, sebelum mengejek atau memalukannya, kerana kita tidak berhak berbuat demikian sebaliknya kita perlu menghargai apa yang kita miliki sekarang, jangan sampai Tuhan merampaskannya daripada kita baru kita menyesal. Saya juga lebih hormat kepada golongan kurang berupaya kerana walaupun kelebihan fizikal mereka tidak seperti orang biasa, mereka dapat menjadi lebih berjaya dan banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara, apatah lagi kita?
No comments:
Post a Comment