Tengah hari tadi kawan saya menjemput saya untuk "outing", tetapi saya menolak jemputan itu kerana kerja sekolah belum saya siapkan dan peperiksaan akhir tahun masih terdapat dua minggu lagi sahaja. Saya perlu bersedia lebih awal supaya tidak perlu mengulang kaji pelajaran sampai larut malam atau tidak tidur langsung. Bersedia lebih awal juga dapat membantu saya untuk mendapat keputusan yang lebih memuaskan.
Selepas makan tengah hari, saya membasuh baju saya. Terdapat dua baldi baju untuk dibasuh, itu adalah dua kali ganda daripada jumlah baju yang biasa saya perlu basuh. Penat sangat menggosok baju yang banyak sehingga lengan saya sakit.
Saya berasa mengantuk selepas menggosok sebahagian daripada baju saya, tetapi saya masih tahan sehingga habis makan malam kerana saya tahu saya mungkin terlepas masa untuk makan malam jika saya tertidur pada masa ini. Saya berancang untuk teruskan membasuh baju saya yang hanya sesetengah dibasuh, tetapi saya bangun pada pukul 12 pagi setelah saya berehat di bilik saya.
Esok pagi saya perlu bangun sangat awal, pukul 6.00 pagi kerana sekolah saya mendapat jemputan untuk pergi ke DECTAR. Bas akan bertolak pada pukul 7.00 pagi. Saya perlu tidur awal walaupun kerja rumah hanya separuh siap...
No comments:
Post a Comment