Monday, October 27, 2014

Perhimpunan yang Luar Biasa

Perhimpunan hari ini sungguh luar biasa. Ucapan guru-guru tidak seberapa panjang, hanya setengah jam sahaja. Semasa saya tengah berfikir-fikir aktiviti-aktiviti  yang akan dijalankan seterusnya untuk mengisi masa setengah jam ini, satu video ditayangkan. Rupa-rupanya senior-senior yang sekarang belajar bersungguh-sungguh di universiti luar negara telah menghasilkan satu video untuk mengirimkan salam dan mendoakan kecemerlangan calon-calon SPM tahun 2014.

Video tersebut sungguh mengharukan. Gambar-gambar tentang pembelajaran senior-senior di luar negara dan di Permatapintar telah dimasukkan ke dalam video itu. Mereka juga memasukkan kata-kata yang ingin disampaikan oleh mereka dalam satu video yang sangat menarik.

Selepas menonton video, saya berasa betapa rapatnya hubungan dalam kalangan Tingkatan 5. Video ini juga menjadikan saya terfikir-fikir masa depan saya, sama ada bersendirian belajar di seberang laut ataupun menuntut di universiti tempatan dengan kawan-kawan. Masa depan, tiada orang yang tahu, semuanya hanya bergantung kepada usaha masing-masing.

No comments:

Post a Comment