Wednesday, October 8, 2014

Hari yang panas...ditambah dengan KETIADAAN WIFI!

Pagi ini saya telah bersusah payah untuk bangun, keadaan yang dingin terlalu selesa untuk tidur!

Sarapan hari ini agak sedap, nasi goreng dengan cili sambal, sedapnya! Walau bagaimanapun, jika mendapat sesuatu, mesti akan hilang sesuatu. Makanan tengah hari dan malam kurang sedap untuk membuka selera saya, saya hanya makan sedikit sahaja. Telur dalam cili sambal, kubis goreng, kari ayam dan sebagainya, walaupun agak menyelerakan, makanan ini hanya menjadi seperti nasi kosong yang kurang rasa jika makanan ini dimakan selalu.

Petang ini semasa rehat tengah hari, bekalan elektrik terputus lagi, Kipas di bilik tidak berputar yang menyebabkan bilik sepanas gurun, penyesuai 'wifi' tidak berfungsi menyebabkan bilik kita seperti 'zaman prasejarah', dipercayai adalah disebabkan 'spotlight' yang tidak dipadamkan pada hari siang! Aduhai, diharapkan perkara-perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kerana gangguan bekalan elektrik amat merunsingkan kita terutamanya golongan pelajar lelaki kerana perkara ini hanya berlaku di asrama lelaki (sedih)!

Baru perasan terdapat kerja sekolah yang belum siapkan, sampai sinilah saya menulis. Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment