Kebanyakan kelas pada hari ini dibatalkan, supaya kami boleh bersedia untuk peperiksaan yang menjelang tidak lama lagi. Ini bermaksud saya perlu belajar bersungguh-sungguh bermula hari ini! (walaupun sudah tahu memang sudah lewat bagi kesedaran ini)
Bagi kelas fizik, saya sungguh bersyukur kerana bab terakhir dalam silibus tahun ini sudah habis! Akhirnya persediaan untuk peperiksaan bagi mata pelajaran fizik boleh dilakukan.
Petang tadi cikgu Matematik Tambahan telah membantu kami membuat ulang kaji jua. Banyak kemusykilan dalam subjek Matematik Tambahan telah terjawab. Saya berasa sungguh gembira.
Hari yang seterusnya akan saya gunakan untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Jadual peperiksaan kali ini sangat padat, masa rehat antara subjek-subjek paling lama hanya selama jam. Pernah seorang cikgu menasihati saya supaya kami membuat persediaan awal kerana tiada masa yang mencukupi akan diberikan kerana masa rehat yang pendek semasa peperiksaan kali ini. Beliau berkata tidak akan sempat membuat persediaan sempurna jika kami baru bermula mengulang kaji pada masa itu.
Hanya diharapkan saya dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan kali ini dengan berjayanya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Yang selebihnya bergantung kepada takdir Tuhan. :)
Assignment...minat...masa lapang...markah... yang menyebabkan kelahiran blog ini... Selamat Membaca!
Friday, October 31, 2014
Thursday, October 30, 2014
Yang Terakhir, di mana Yang Baharu Bermula
Kelas LA hari ini ditinggalkan dengan penuh kekesalan kerana cikgu LA tidak dapat datang ke kelas. Tidak dapat berjumpa dengan cikgu buat kali terakhir... T^T
Sempena kelas matematik yang terakhir ini, cikgu telah bersama-sama kami menolong kami membuat ulang kaji tentang tajuk-tajuk dalam silibus matematik. Sebelum kelas habis, beliau telah mengambil "usie" (mengambil gambar sendiri dengan ramai orang dalam kamera) dengan kami. Kami telah membuat pelbagai posisi di hadapan kamera menyebabkan gambar-gambar tersebut sungguh kelakar.
Kami telah menonton video semasa kelas Bahasa Inggeris yang terakhir. Video yang menceritakan tentang "Toy Story" sangat kelakar. Video itu sebuah karton America, walaupun hanya 30 minit, masa itu sudah cukup menyebabkan kami ketawa tidah berhenti selama itu.
Hari-hari belajar yang manis hampir akhir,
Hari peperiksaan yang menguji hasil pembelajaran hampir tiba;
Kenangan-kenangan manis disimpan dalam album gambar,
Cita-cita dipahat di hati tidak dilupa.
Wednesday, October 29, 2014
Kepercayaan...
Kepercayaan sangat rapuh, kepercayaan umpama sekeping kertas, senang dikoyak, mudah dikemek.
Manusia sekarang kurang memahami erti kepercayaan, mereka besikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Demi kebaikan sendiri, sahabat karib sanggup dikhianati, musuh sendiri sanggup digelar 'kawan'. Manusia sekarang, ketamakannya semakin ngeri. Ketamakan mereka seperti lubang hitam di angkasa, makin banyak diberi, makin besarlah lubang itu, tidak akan dipenuhi.
Hubungan manusia kini semakin longgar. Hubungan terjalin itu, lagi rapuh daripada sekeping kertas, lagi lemah daripada selembar benang. Kawan karib di mata orang, demi kebaikan sahaja daripada "kawan karib" itu di dalam hati. Musuh menjadi sahabat, semata-matanya untuk keuntungan yang tidak berbaloi langsung untuk mengkhianati orang lain.
Bohong merupakan pemusnah hubungan antara kawan. Bohong itu umpana sebilah gunting, mengoyakkan helaian kertas itu yang nipis; umpana sebatang pen, meninggalkan kesan dakwat di atas kertas itu, walaupun dapat ditutupi, tidak dapat dipadamkan, hubungan juga tidak seperti dahulu.
Betul kata orang lain, jika satu bohong dikatakan, berpuluh-puluh lagi bohong perlu diikarangkan untuk membuktikan 'kebenaran' bohong sebelum itu. Namun bohong itu dosa, walaupun memberi faedah bagi masa terdekat, merosakkan kepercayaan daripada orang lain terhadapnya pada masa depan.
Masyarakat dahulu, sentiasa kepercayaan didahului; masyarakat kini, mengutamakan keuntungan dan kebaikan, sanggup meninggalkan nilai kepercayaan yang boleh membawa mereka ke alam syurga. Dunia ini sudah berubah, orang yang setia dilukai dan dikhianati; orang yang berbohong dan mengkhianati mendapat 'kepercayaan'. Setiap orang memakai satu topeng, untuk melindungi dan menyembunyi wajah sebenarnya mereka untuk mendapat kepercayaan yang akan dikhianati mereka masa nanti.
Zaman sekarang, kepercayaan dilayan sampah, berbohong menjadi cara berhidup.
Tuesday, October 28, 2014
Kejayaan...
Kadang-kala, aku terfikir-fikir, apakah itu kejayaan, apa maknanya menjadi berjaya dan bagaimanakah cara untuk berjaya. Aku selalu termenung, cuba mencari jawapan kepada persoalan tersebut.
Aku melihat orang berada yang bermati-matian mengaut keuntungan tidak kira dengan cara jenis apa sekali, baik yang mulia baik yang keji. Aku pernah melihat orang papa yang mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh, dengan hasil titik peluhnya. Kata orang, berjaya bermaksud menjadi kaya dan berkuasa. Namun, bukankah orang berada itu sudah berjaya? Bukankah orang papa itu masih perlu berusaha untuk menjadi 'berjaya'? Rupa-rupanya, kejayaan itu bukan bergantung kepada kekayaan yang ada, kekuasan yang dipegang, kejayaan itu adalah kepuasan hati dan ketinggian akhlak. Ketamakan hati kegagalan seseorang, keiman hati kejayaan seseorang.
Kemudian, makna mejadi kejayaan menjadi persoalan aku. Semua orang berjaya jika keimanan hati tercapai. Kekayaan dan gelaran hanya semata-mata mengisi nafsu hati seseorang. Tiada gunanya jika seseorang tiada batasan ketamakannya, walaupun dia telah berjaya.
Orang selalu kata, usaha tangga kejayaan. Namun, bagi aku, nasib dan kepintaran lebih memainkan peranan. Penyataan aku bukan hanya berangan-angan, tetapi dibuktikan. Jika diperlihatkan orang-orang kaya di dunia, kebanyakannya bergantung kepada bakat luar biasa sendiri, jarang yang berjaya akibat usaha sahaja. Kita dapat melihat, anak-anak yang ponteng sekolah dan nakal semasa kecil, kebanyakan menjadi orang yang terkaya di dunia. Sebaliknya anak murid yang mendapat keputusan cemerlang pada kertas kedudukan, kebiasaan hanya mendapat satu pekerjaan yang hanya mencukupi untuk menyara diri selepas mereka masuk ke alam pekerjaan. Sudah terbukti, memang usaha perlu ada jika ingin berjaya, tetapi segalanya hanya impian jika tiada pelengkap kepada elemen ini.
Kejayaan bukan kekayaan, bukan kekuasaan, ialah keimanan kepada Tuhan...

Monday, October 27, 2014
Perhimpunan yang Luar Biasa

Video tersebut sungguh mengharukan. Gambar-gambar tentang pembelajaran senior-senior di luar negara dan di Permatapintar telah dimasukkan ke dalam video itu. Mereka juga memasukkan kata-kata yang ingin disampaikan oleh mereka dalam satu video yang sangat menarik.

Sunday, October 26, 2014
KENAPA?

Sepanjang ini, aku telah mencuba sedaya upaya aku untuk menjadi seorang yang baik. Mengikut kesemua yang telah disuruh dalam ajaran agama, mematuhi segalanya yang dididik oleh ibu bapa kepada aku semenjak kecil lagi, tetapi kesemuanya itu satu penipuan! Ajaran agama hanya menyuruh aku mesra melayan orang lain, tidak mengajarku untuk melindungi diriku daripada kekejaman orang lain terhadap aku; ibu bapa hanya mendidik aku berbudi bahasa, tidak memberitahuku cara menghadapi kebiadapan orang lain. Aku terperangkap dalam satu penipuan besar lagi kejam!
Budi bahasa itu,
Hanya alasan orang berkuasa untuk mengongkong insan yang daif;
Peraturan budaya itu,
Hanya peralatan orang angkuh untuk menindas insan masih bermimpi.
Sejak di bangku sekolah lagi diasuh selalu menjaga perasaan orang lain, berfikir bijak sebelum berucap, jangan sesekali mencederakan orang lain.

Kata ibu bapa, dan ajaran agama, serta buku teks Pendidikan Moral, meminta kita menjaga perasaan orang lain. Aku dengan daifnya, mempercayai segalanya itu yang merupakan penipuan!
Kenapa?
Orang biadap, hormat orang lain diberikan kepadanya?
Kenapa?
Insan kejam, semua kehendaknya dapat tercapai?
Kenapa?
Makhluk yang bercakap sesuka hati, keinginannya dapat dipenuhi?
Kenapa?
Individu yang bersikap kacang lupakan kulitnya, impiannya dapat direalisasikan?
Aku memilih untuk menyimpan kesemuanya ke dalam hatiku, keranaku tidak sampai hati melihat hati lain terguris, perasaan lain tersinggung. Apa salahnya telah aku lakukan? Apakah balasan aku? Orang membuli aku, segalanya yang aku sayangi dirampas orang lain. Yang tertinggalnya, hanya ais kesepian dan api dendaman.
Pada malam ini yang menemani aku, hanya angin sejuk sepoi-sepoi bahasa, hatiku yang tercedera, yang dibiarkan berdarah sehingga titisan terakhir, dan api dendaman yang boleh dipadamkan oleh darah tumpahan musuhku sahaja...
Saturday, October 25, 2014
Hari Sabtu yang agak lapang...
Hari Sabtu lagi, hari kelas renang. Bas bertolak pada pukul 9.30 pagi, menuju ke tempat di mana kelas renang diadakan, kelas renang yang ketiga bagi minggu ini. Selepas kelas-kelas yang lepas, kulit saya menjadi gelap kerana berada di bawah pancaran matahari yang terik selama kira-kira dua jam. Kali ini kulit saya tersenget pancaran matahari, segalanya tetap berbaloi kerana belajar berenang sangat seronok walaupun kulit saya tengah berasa sakit.
Cikgu telah mengajar teknik-teknik renang yang baharu semasa kelas hari ini, tetapi disebabkan saya seorang perenang yang kurang baik, teknik-teknik yang telah diajarkan pada minggu lepas tidak saya seberapa kuasai, apatah lagi teknik-teknik yang lebih mencabar dan baru belajar!

Dengan tubuh badan yang amat penat selepas kelas renang, terpaksa membasuh baju sekolah saya. Setelah kerja lain diselesaikan, perjuangan menghadapi peperiksaan akhir diteruskan...dengan bersungguh-sungguhnya...
(Wah, comelnya beruang mini ini! Menjadi galakan saya untuk teruskan perjuangan saya!)
Friday, October 24, 2014
Seminggu sebelum peperiksaan
Seminggu sahaja tinggal sebelum peperiksaan akhir tahun, saya masih belum bersedia dengan baik untuk menghadapi, cikgu-cikgu telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, hanya tiba masanya saya sebagai seorang murid membalas jasa guru-guru dengan keputusan yang cemerlang.
Menurut guru, sesi Jati Diri pada minggu ini kemungkinan ialah sesi terakhir bagi pelajar Tahap 1. Cepatnya masa berlalu, dari mula tahun sampai akhir tahun, masa setahun berlalu dengan lajunya sampai kehilangannya tidak diperasan. Bagi sesi yang terakhir, cikgu kaunseling yang menjalankan sesi ini telah mengajar kami perkara yang paling penting dalam hidup seseorang, teknik berkomunikasi. Beliau telah mengajar kami cara-cara komunikasi yang berkesan dan pantang larang dalam komunikasi seharian. Selain itu, beliau telah menunjukkan satu video untuk menggambarkan akibat kegagalan melaksanakan komunikasi yang berkesan. Video itu adalah tentang satu dialog antara seorang doktor dengan pesakitnya. Akibat kegagalan doktor melakukan komunikasi yang berkesan, beliau gagal memahami masalah pesakitnya dengan sepenuhnya manakala pesakit itu tidak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya dinikmati olehnya.
Petang tadi semasa waktu Matematik Tambahan, saya kurang memahami apa yang diajar oleh guru kerana bukan sahaja topik itu agak susah, tetapi juga saya agak mengantuk dan kurang dapat menumpukan perhatian, haha :)".
Semakin hari semakin menjelang minggu peperiksaan, semakin hari semakin bertambah kerja sekolah, saya perlu bijak menguruskan masa saya untuk mengatasi keadaan begini.
Thursday, October 23, 2014
Hari selepas cuti...
Hari ini amat malangnya saya hampir lewat sampai ke perhimpunan, nasib baik rakan sebilik saya telah menjagakan saya. Perhimpunan pada hari ini agak pendek, sekejap sahaja telah bersurai.
Cikgu untuk kelas LA tidak datang hari ini. Oleh itu kami telah mendapat masa lapang lagi selama dua jam. =)
Petang tadi sekolah telah mengadakan bengkel penyelidikan bagi pelajar Tahap 1. Bengkel ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar menyediakan maklumat-maklumat asas penyelidikan seperti objektif penyelidikan dan soalan penyelidikan. Bengkel ini bermula selepas rehat tengah hari. Bengkel ini banyak membantu kami untuk menyediakan dan memulakan penyelidikan kami yang data dikumpulkannya perlu dihantar sebelum bulan Disember.
Petang ini disambungkan lagi pertandingan badminton antara kelas. Saya telah menyertai kategori badminton beregu.

Disebabkan saya kurang mahir dalam bermain badminton, kumpulan saya selalu hilang markah. Walaupun markah kami dengan pihak lawan pernah menjadi seri, tetapi mereka memenangi set pertama dengan mata lebih 1 markah. Sungguh kesal apabila markah pihak lawan telah menjadi jurang yang amat besar antara mata kami sejak permulaan set kedua. Seperti jangkaan saya, mereka telah memenangi set kedua dan seterusnya menjadi pemenang bagi permainan badminton itu. Namun kekalahan bukan titik tamatan hidup, sebaliknya kekalahan ialah titik permulaan pengembaraan hidup yang baharu yang dapat saya belajari lagi banyak perkara!
Wednesday, October 22, 2014
Hari di mana Kecerahan memenangi Kegelapan :)
Hari ini telah akhirnya mendapat tidur yang mencukupi dan lagi selesa. Tidak perlu mencuriga, hari ini adalah hari cuti umum Hari Deepavali! Di sini ingin menyampaikan ucapan "Selamat Hari Deepavali" kepada kawan-kawan Hindu dahulu :
Tiada langsung aktiviti yang diadakan di sekolah ini, oleh itu saya berancang untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran sempena hari cuti yang sudah lama kami harapkan. Namun, segalanya tidak seperti yang saya jangkakan (kerja sekolah disiapkan dan lain-lain). Saya hanya sempat menyiapkan sebahagian kerja sekolah, sebahagian yang saya jangkakan untuk diulang kaji. Okay, sekurang-kurangnya saya telah berehat dengan secukupnya. Sampai sinilah coretan saya untuk hari ini.

Tuesday, October 21, 2014
Hari bermakna
Suatu pagi yang cerah, disertakan dengan aktiviti yang menarik sepanjang hari.
Kami telah bermain permainan "bola beracun" pada pagi ini. Sungguh menarik, tetapi saya tidak dapat menyertai kerana pagi ini saya kurang sihat.
Seperti gambar di atas, kami dibahagikan kepada dua kumpulan, pihak menyerang dan pihak "dibaling bola". Pihak "dibaling bola" akan membentuk satu bulatan yang besar di mana pihak penyerang akan berada di dalam bulatan itu. Pihak menyerang akan membaling bola ke pihak "dibaling bola". Ahli pasukan yang dibalingkan bola dikira kalah. Permainan tamat apabila ahli kumpulan "dibaling bola" semua disingkirkan.
Memandangkan peperiksaan akhir tahun sudah mendekati, pihak sekolah telah mengadakan bengkel "Study Skills" (teknik belajar) untuk pelajar Aras 1 dan Asas 1. Kami didedahkan dengan pelbagai teknik belajar yang lebih efektif terutamanya menjelang minggu peperiksaan. Walaupun kami sudah banyak mengetahui teknik-teknik belajar, kami baru menyedari sebenarnya kami belum menguasainya. Sungguh bermakna bengkel ini, walaupun bengkel ini hanya berlangsung selama satu jam lebih, kami telah banyak menimba ilmu baharu.
Hari ini sungguh bermakna, tambahan pula hari esok ialah cuti Hari Deepavali, oleh itu saya tidak perlu bangun awal!
Monday, October 20, 2014
UKM DI ANGKASA!
Walaupun pagi ini perlu bangun sangat awal, semuanya berbaloi kerana sekolah kami akan pergi ke DECTAR (Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman)! Kami akan bersama-sama meraikan Program "UKM di Angkasa" pada hari ini.
Terdapat empat orang angkasawan telah dijemput dari beberapa negara dari seluruh dunia untuk memeriahkan program ini, iaitu Dato' Sheikh Muszaphar Shukor, Dr. Chiaki Mukai, Salizhan Shakirovich Sharipov dan Klaus-Dietrich Flade. Dato' Shiekh Muszaphar Shukor merupakan seorang angkasawan Malaysia dan beliau merupakan angkasawan Malaysia yang pertama di Malaysia! Dr Chiaki merupakan seorang warganegara Jepun, Salizhan Shakirovich adalah dari Russia manakala Klaus-Dietrich berasal dari Jerman. Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia, juga dijemput untuk menjadi perasmi program.
Program ini sungguh menarik. Setiap angkasawan yang dijemput telah berkongsi pengalaman masing-masing kepada kami. Rupanya mereka telah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan sejak kecil lagi. Walaupun mereka bekerja sebagai profesion yang berbeza, mereka boleh dipilih sebagai seorang angkasawan asalkan mereka memenuhi keperluan untuk menjadi seorang angkasawan. Mereka telah mengatasi ketakutan mereka terhadap apa-apa benda jua. Menurut mereka, pendidikan amat penting kerana dengan pendidikan yang betul sahaja dapat seorang angkasawan atau lebih dilahirkan.
Selain melakukan pembaikan terhadap ISS (Internatinal Space Station, atau juga dikenali sebagai Stesen Angkasa Antarabangsa), angkasawan-angkasawan juga melakukan eksperimen-eksperimen dalam bidang perubatan seperti sel-sel kanser untuk mencari penawar bagi penyakit kanser. Mereka telah menunjukkan beberapa video yang menggambarkan kehidupan mereka di angkasa. Kehidupan di angkasa sungguh seronok dan menarik. Dalam keadaan mikrograviti, segala benda terapung. Terdapat pelbagai fenomenen yang boleh dilihat yang tidak mungkin berlaku di bumi atas sebab graviti.
Program diakhiri dengan sesi mengambil gambar dan tandatangan. Walaupun keadaan sangat kelam-kabut pada sesi mengambil gambar, program ini sungguh berjaya dan kami semua berasa seronok dan gembira!
Terdapat satu bengkel roket diadakan pada petang di DECTAR, namun saya tidak dapat menyertai kerana saya tidak memberi nama saya untuk didaftarkan sebelum ini, saya sungguh kesal.

Ini adalah risalah tentang Program UKM di Angkasa.
Gambar angkasawan dengan bekas Perdana Menteri.
Dari kiri merupakan Dato' Sheikh Muszaphar, Professor Datuk Dr. Noor Azlan, naib kanselor UKM, Dr. Mahathir, Dr. Chiaki Mukai, Klaus-Dietrich Flade dan Salizhan Shakirovich.
Sunday, October 19, 2014
Bangun lewat...
Hari Ahad yang cerah, tetapi masa pagi ini telah banyak dibazirkan kerana saya bangun lewat! Saya segera makan sarapan, nasib baik sarapan di dewan makan belum habis lagi. Saya amat gelisah kerana baju saya belum dibasuh lagi sedangkan esok ialah hari persekolahan.
Tengah hari tadi kawan saya menjemput saya untuk "outing", tetapi saya menolak jemputan itu kerana kerja sekolah belum saya siapkan dan peperiksaan akhir tahun masih terdapat dua minggu lagi sahaja. Saya perlu bersedia lebih awal supaya tidak perlu mengulang kaji pelajaran sampai larut malam atau tidak tidur langsung. Bersedia lebih awal juga dapat membantu saya untuk mendapat keputusan yang lebih memuaskan.
Selepas makan tengah hari, saya membasuh baju saya. Terdapat dua baldi baju untuk dibasuh, itu adalah dua kali ganda daripada jumlah baju yang biasa saya perlu basuh. Penat sangat menggosok baju yang banyak sehingga lengan saya sakit.
Saya berasa mengantuk selepas menggosok sebahagian daripada baju saya, tetapi saya masih tahan sehingga habis makan malam kerana saya tahu saya mungkin terlepas masa untuk makan malam jika saya tertidur pada masa ini. Saya berancang untuk teruskan membasuh baju saya yang hanya sesetengah dibasuh, tetapi saya bangun pada pukul 12 pagi setelah saya berehat di bilik saya.
Esok pagi saya perlu bangun sangat awal, pukul 6.00 pagi kerana sekolah saya mendapat jemputan untuk pergi ke DECTAR. Bas akan bertolak pada pukul 7.00 pagi. Saya perlu tidur awal walaupun kerja rumah hanya separuh siap...
Saturday, October 18, 2014
Renang...penat...aktiviti PRS...
Hari Sabtu yang cerah, hari yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kokurikulum. Hari ini ialah kelas renang saya yang kedua. Instruktor telah mengajar cara menyelam ke kolam air dari darat. Semua yang belajar pada hari ini lebih menarik dan mencabar daripada apa yang diajarkan pada minggu lepas.
Saya berasa sangat penat selepas kelas renang. Nasib baik makanan di dewan makan belum habis setiba kami di sekolah, tidak seperti minggu lepas.
Saya kemudian meghadiri kem motivasi Asas 1. Saya ialah seorang fasilitator dalam kem ini. Kem ini bermula dari malam kelmarin. Kem ini bertujuan untuk membantu mengajar murid-murid di Asas 1 belajar untuk hidup berdikari dalam kehidupan mereka di sebuah sekolah berasrama kerana tiada lagi ibu bapa akan sentiasa berada di sisi mereka untuk melakukan sebarang kerja.
Kem ini berlangsung sampai pukul 11 malam tadi. Program ini agak berjaya walaupun sesetengah aktiviti terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan akibat aktiviti kokurikulum. Peserta-peserta telah mempelajari banyak nilai-nilai dan ilmu untuk membiasakan diri dengan hidup di sekolah berasrama.
Akhirnya...walaupun kami semua penat, tetapi kami berasa seronok!

Friday, October 17, 2014
Satu minggu sebelum Deepavali
Pagi ini bangun dengan perasaan yang sungguh gembira kerana pelajar Tahap 1 akan membuat 'kolam' pada hari ini semasa sesi Jati Diri. Kolam merupakan sejenis seni yang menggunakan beras berwarna untuk menghasilkan gambar. Biasanya ini dilakukan oleh penganut Hindu terutamanya perayaan Hari Deepavali. Gambar yang dihasilkan sungguh cantik, temanya kebanyakan berkaitan dengan haiwan dan alam. Oleh itu, di samping meraikan Hari Deepavali yang akan datang, kami akan membuat kolam pada pagi ini.
Kami telah membuat satu kolam yang terdapat lambang kelas kami. Sangat memuaskan. Kami dibahagikan kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kelas kami. Terdapat lima kumpulan yang telah menggunakan beras berwarna yang dibekalkan oleh pihak sekolah untuk menghasilkan "kolam" yang mengkagumkan.
Hari ini menduduki dua ujian, mata pelajaran Fizik dan Matematik Tambahan. Amat bersyukur kerana saya dapat soalan dalam kedua-dua ujian itu.
Walaupun hari persekolahan yang terakhir dalam minggu ini, tidak bermakna hari 'diseksa' kerja-kerja sekolah tamat. Banyak lagi kerja-kerja sekolah yang perlu dihantar pada minggu depan, oleh itu, saya perlu mula membuat kerja sekolah secepat mungkin.

Thursday, October 16, 2014
Drama...
Waktu pertama yang tertulis atas jadual masa hari ini ialah waktu LA (Linear Algebra). Hampir satu malam tidak tidur, hanya untuk menyiapkan kerja sekolah yang tertinggal. Nasib baik dapat menyiapkan hanya sebelum kelas LA.
Namun, cikgu tidak dapat menghadiri kelas pada hari ini kerana sibuk. Oleh itu, saya bercadang untuk membuat latihan bagi drama yang akan dipersembahkan oleh kumpulan saya pada petang ini untuk subjek Bahasa Inggeris. Namun, disebabkan masing-masing terdapat tugasan-tugasan yang belum disiapkan, latihan terpaksa ditangguhkan ke waktu rehat tengah hari.
Waktu matematik adalah waktu yang paling seronok. Kita belajar tentang "angles of elevation" dan "angles of depression". Cikgu telah memilih beberapa orang untuk menjadi 'guru' dan mengajar kami. Mereka telah menyediakan satu permainan, ialah "teka apakah yang orang itu sedang lihat". Seorang dipilih menjadi model, dia akan melihat ke suatu arah dan kami perlu meneka apakah yang sedang dia lihat. Saya selalu meneka salah benda yang dia lihat.
Kumpulan yang lain telah mempersembahkkan drama masing-masing dengan bagusnya. Hanya kumpulan saya selalu terlupa skrip drama. Persembahan sungguh teruk. Aduhai, tiada siapa yang boleh disalahkan!
Namun, cikgu tidak dapat menghadiri kelas pada hari ini kerana sibuk. Oleh itu, saya bercadang untuk membuat latihan bagi drama yang akan dipersembahkan oleh kumpulan saya pada petang ini untuk subjek Bahasa Inggeris. Namun, disebabkan masing-masing terdapat tugasan-tugasan yang belum disiapkan, latihan terpaksa ditangguhkan ke waktu rehat tengah hari.
Waktu matematik adalah waktu yang paling seronok. Kita belajar tentang "angles of elevation" dan "angles of depression". Cikgu telah memilih beberapa orang untuk menjadi 'guru' dan mengajar kami. Mereka telah menyediakan satu permainan, ialah "teka apakah yang orang itu sedang lihat". Seorang dipilih menjadi model, dia akan melihat ke suatu arah dan kami perlu meneka apakah yang sedang dia lihat. Saya selalu meneka salah benda yang dia lihat.
Waktu yang paling seronok pada hari ini adalah kelas Bahasa Inggeris. Terdapt empat kumpulan yang dibahagikan oleh guru untuk mempersembahkan satu drama Inggeris bernama "Gulps and Gasp".
Autisme
Pagi ini pagi yang biasa, cuma perhimpunan yang tamat lewat sebanyak 30 minit. Namun, semuanya berbaloi.
Pada suatu pagi sebelum ini, terdapat kad-kad manila yang tertulis "If you want to talk about oppression, talk about autism, not Muslim women (Jika anda ingin berbincang tentang penindasan, berbincanglah tentang autisme, bukannya perempuan Muslim) tertampal di merata-rata tempat, baik di dewan makan baik di dewan serbaguna. Semasa itu saya kurang faham kata-kata ini, namun segala kemusykilan terjawab semasa penampal kad-kad ini, seorang senior telah berkongsi tentang penyelidikannya pagi ini.
Di negara Malaysia, kita faham kenapa perempuan Muslim perlu menutupi kebanyakan bahagian badan mereka seperti memakai tudung supaya aurat tidak terdedah. Namun bagi negara bukan Islam yang lain, seperti Amerika Syarikat, mereka kurang memahami tujuan ini, Sebaliknya, mereka menganggap ini sebagai satu penindasan terhadap mereka.
Ayat tersebut "jika anda ingin berbincang tentang penindasan, berbincanglah tentang autisme, bukannya perempuan Muslim" telah menyedari tentang orang ramai tentang autisme. Ayat tersebut menunjukkan bahawa perempuan Muslim yang menutup anggota badan bukan melakukan penindasan terhadap sendiri, sebaliknya ialah kepercayaan mereka yang tulen kepada Tuhan. Padahal, autisme adalah sesuatu kerugian kepada masyarakat dan negara. Hal ini kerana biasanya kanak-kanak autisme mempunyai satu bakat atau dua yang sangat unik, tetapi disebabkan pemikiran mereka yang kurang bergaul dengan sosial, bakat mereka tenggelam, tidak dapat menyerlah. Masyarakat perlu meningkatkan pengetahuan mereka tentang autisme dan memberi keprihatinan kepada golongan ini.
Perkongsian beliau telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan murid dan mendapat pujian daripada cikgu kerana kepekaan dan keprihatinannya terhadap masyarakat.
Tuesday, October 14, 2014
Goalball...
Pagi ini saya bangun sangat lewat. Sangat lewat sehingga lewat ke perhimpunan! Nasib baik hari ini perhimpunan bermula lambat sedikit, oleh itu, saya menghadiri perhimpunan pada masa yang tepat!
Kami mempunyai kelas PJK selepas perhimpunan. Kelas pada hari ini sangat menarik. Cikgu mengajar kami satu jenis sukan yang merupakan acara dalam sukam paralimpik, iaitu Goalball.
Jenis sukan ini sangat menarik. Sukan ini adalah satu jenis sukan buta. Setiap pemain akan ditutup mata masing-masing sebelum permainan bermula. Oleh itu, setiap pemain akan menjadi "orang buta" dalam permainan ini.
Peraturan permainan ini agak senang. Pihak penyerang akan menggolek bola ke arah jaring lawan dengan melepasi beberapa garisan, atau halangan daripada pihak lawan. Lagi banyak halangan yang dapat bola itu lepasi, lebih banyak markah yang diperoleh pihak penyerang. Manakala empat lapisan halangan yang dibentuk pihak menahan akan menahan bola. Pihak yang mendapat markah paling tinggi menang.
Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, pihak menyerang dan pihak menahan, serta saling bertukar pihak setelah satu permainan tamat. Walaupun akhirnya pasukan saya kalah, kami semua berasa gembira dan puas hati. Dapat mengalami kesusahan golongan buta dalam hidup seharian mereka supaya memahami perasaan mereka apabila mereka diejek. Kebanyakan daripada kami tidak dapat mengesan kehadiran bola dan berjaya menangkapnya (terdapat loceng di dalam bola supaya berbunyi semasa dibaling). Kami berasa hormat kepada pemain-pemain Goalball Paralimpik kerana mereka bukan sahaja dapat menangkap bola, mereka juga satu semangat yang tabah.
Gelagat kawan-kawan saya cuba menangkap bola dalam keadaan 'buta' sangat kelakar.
Selepas itu, kami menghadiri kelas seterusnya dengan penatnya~~~
Sukan ini sangat menarik dan bermakna. Sukan ini mengajar kita supaya selalu memahami perasaan orang lain, sebelum mengejek atau memalukannya, kerana kita tidak berhak berbuat demikian sebaliknya kita perlu menghargai apa yang kita miliki sekarang, jangan sampai Tuhan merampaskannya daripada kita baru kita menyesal. Saya juga lebih hormat kepada golongan kurang berupaya kerana walaupun kelebihan fizikal mereka tidak seperti orang biasa, mereka dapat menjadi lebih berjaya dan banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara, apatah lagi kita?
Monday, October 13, 2014
Malam tanpa tidur...
Hari ini bangun sangat lambat, hampir pukul 7.45 pagi baru bangun, disebabkan terlalu letih dan keselesaan malam berhujan. Bergegas ke tandas untuk membuat persediaan sebelum memulakan hidup seharian saya. Belum sempat makan sarapan perhimpunan sudah bermula. Hanya boleh menghadiri perhimpunan dengan perut yang sungguh kosong dan lapar.
Semasa waktu Bahasa Melayu, cikgu ingin memeriksa blog kami. Baru saya tahu kawan-kawan saya juga menjadi mangsa dalam "krisis Wifi" ini. Terdapat sesetengah orang belum mengemas kini blog masing-masing selama satu minggu!
Terdapat sesuatu perkara yang berlaku yang boleh diambil ikhtibar daripadanya semasa waktu sejarah. Kumpulan yang sepatutnya membuat pertunjukan hari ini, disebabkan tidak sempat menyiapkan slide-slide dalam masa yang diberikan, mereka terpaksa menangguhkan kelas sejarah pada hari keesokan. Menurut mereka, kesilapan ini adalah disebabkan mereka lewat mendapat tajuk pertunjukan mereka sedangkan satu daripada ahli kumpulan mereka yang telah mendapat tajuk lewat menghantarkan tajuk pertunjukan mereka dengan SMS. (pengajaran hari ini : sentiasa memastikan kerjasama dan kepercayaan antara orang lain semasa dalam aktiviti kumpulan dan jangan cuba membuat kerja sambil lewa.)
Okay, sudah larut malam. Kerja rumah matematik tambahan dan fizik belum satu disiapkan, perlu berhenti menaip di sini. :D

Sunday, October 12, 2014
Tragedi...masih berlaku...
Hampir satu hari tidak mengemas kini blog saya...bukan sebab lain, tetapi disebabkan Wifi yang telah "ditutup" sepanjang hujung minggu ini. Aduhai, tidak tersangka Wifi akan "ditutup" sepanjang hujung minggu. Saya ingat Wifi sebaliknya akan "dibuka" sepanjang hujung minggu. Sedihnya...
Kurang dapat memahami sebab-sebab pihak sekolah membuat keputusan sebegini. 'Menutup' kemudahan Wifi, sedangkan kami boleh menggunakan kemudahan "mobile data" atau "jalur lebar" untuk mengatasi "krisis" ini, cuma kelajuan Internet kurang laju.
Kedengaran 'tragedi' ini adalah disebabkan kesalahgunaan kemudahan Internet oleh pelajar sendiri, menurut kata warden. Beliau berkata beliau mendapati terdapat sesetengah pelajar menggunakan Internet untuk melayari Internet bukan unsur ilmiah seperti Facebook and Youtube. Pada pendapat saya, apakah yang salah jika multimedia seperti video dapat membantu pembelajaran pelajar (kebanyankan video mudah didapatkan dari laman web Youtube) ? Kenapa masih terdapat orang yang fikirannya tertutup berpendapat bahawa proses pembelajaran hanya boleh dijalankan di dalam bilik darjah dengan pen dan buku? Lebih-lebih lagi sekolah ini sebuah sekolah yang berfikiran terbuka? "Catuan" Internet telah banyak membawa kesusahan. Sebagai contoh, kita tidak dapat membuat sesetengah kerja sekolah selepas kerja sekolah dan segalanya perlu dimuat turun terlebih dahulu padahal semua ini adalah tidak diperlukan sebelum ini. Adakah disebabkan prestasi akademik sesetengah pelajar yang semakin menurun? Mungkin. Namun adalah berguna jika menggunakan cara yang begini kurang berkesan tetapi membawa lebih banyak keburukan kepada pelajar yang ingin menyiapkan kerja sekolah daripada cuba menghalang "penyalahgunaan" Internet oleh pelajar? Tepuk dada tanya selera. Hanya pendekatan yang betul-betul disediakan untuk pelajar yang lemah dalam pelajaran dapat memberi kesan yang memuaskan, bukannya cara 'menutup' kemudahan Wifi yang mengganggu pelajar yang ingin menyiapkan kerja sekolah masing-masing dan menimbulkan ketidakpuasan pelajar-pelajar.
Okay, masa sudah lewat untuk tidur. Satu malam yang berhujan. Mesti selesa untuk tidur. Selamat tinggal dan jumpa lagi!

Saturday, October 11, 2014
Renang...renang
Awal pagi bangun hendak mendaftar masuk Facebook, tetapi mendapati ketiadaan Wifi. Amat kecewa. Namun, perkara ini tidak sangat menjadi risauan saya kerana hari ini saya akan menghadiri kelas renang saya pertama pada tahun ini! Disebabkan kesuntukan masa, peperiksaan dan faktor lain, kelas renang setiap minggu selalu terpaksa ditangguhkan.
Kami (lelaki) perlu menunggu sampai giliran kami untuk menggunakan kolam renang sewaktu kami tiba di sana. Tidak apa, perkara yang seronok adalah berbaloi untuk ditunggu.
Luar jangkaan saya, instruktor renang saya ialah seorang wanita putih (saya tidak pandang kaum, cuma rasa terkejut). Beliau telah dapat mengajar kami dengan bagus. Beliau menerangkan cara berenang dan teknik-tekniknya dengan jelas sekali walaupun dalam bahasa Inggeris, menunjukkan demotrasi dengan baik, sehingga seorang yang langsung tidak reti berenang seperti saya dapat berenang, paling kurang 'timbul' di atas air! :)
Namun, disebabkan terlupa untuk memanaskan badan sebelum masuk ke air, seluruh badan saya sakit setelah kelas renang tamat. Aduh, badan saya masih sakit walaupun sudah beberapa jam balik ke asrama!
Saya berasa di sinilah saya tamatkan coretan saya...kerana saya perlu berehat awal supaya rasa kesakitan yang menderita ini dapat hilang seawal mungkin!

Friday, October 10, 2014
Sungguh malang..Sungguh bersedih...
Bangun lewat lagi...tidak sempat untuk makan sarapan perhimpunan sudah bermula...
Hari ini hari Jumaat, saya amat gembira kerana makanan tengah hari pada hari ini adalah yang paling sedap dalam minggu ini. Nasi ayam dengan kicap, rasa yang tidak dapat ditahan.
Namun, segala perkara tidak menjadi hirauan saya setelah saya diberitahu Wifi telah ditarik balik. Wifi akan ditutup pada waktu malam, bererti saya hanya dapat menggunakan Internet pada waktu siang. Apa yang saya diberitahu ialah Wifi ditarik balik kerana terdapat sesetengah orang yang menyalahgunakan Internet, seperti untuk bermain permainan komputer dan laman web sosial, Namun, saya kurang bersetuju bahawa melayari laman web sosial adalah suatu penyalahgunaan kemudahan Internet. Laman web sosial telah membantu kami untuk menyampaikan mesej dan informasi seperti pemberitahuan dan perbincangan kerja sekolah dalam masa yang cepat dan tepat. Kemudahan Internet telah menjimatkan tenaga dan masa kami terutamanya signal mobil di sekolah ini kurang kuat.
Saya rasa saya akan menyambungkan cerita 'tragedi' di sekolah saya esok. Saya perlu tidur awal hari ini untuk menghadiri aktiviti kokurikulum pada esok pagi.

Sangat Malang...Amat bersedih...
Awal pagi ini saya berasa kurang sihat selepas bangun. Saya sebenarnya bercadang untuk mengambil cuti untuk satu hari...tetapi memandangkan kelas-kelas untuk hari ini agak menarik, saya perlu bertabah! Nasib baik keadaan bertambah baik selepas makan malam.
Pagi ini tiada kelas LA (Linear Algebra) kononnya. Namun semasa saya tiba di kelas, kelihatan cikgu duduk di dalam kelas menunggu kedatangan kita. Nasub baik saya pergi ke kelas dan mendapati bahawa berita itu kurang tepat, entah berapa lama cikgu perlu menunggu jika saya tidak pergi ke kelas.
Semasa waktu matematik moden, kami telah belajar tentang bulatan. Untuk mengukuhkan ilmu dalam minda kami, cikgu telah memilih beberapa orang untuk menjalankan beberapa permainan. Telah beberapa permainan kami jalankan, tetapi terdapat satu permainan yang menyebabkan kami termasuk cikgu matematik ketawa tanpa berhenti, iaitu aktiviti membentuk graf dengan menggunakan anggoata badan. Lelaki dan perempuan dibahagikan kepada dua kumpulan, cara kumpulan lelaki membentuk graf terlalu lawak (alamak, terlupa ambil gambar!). Saya ketawa terlalu kuat sampai perut saya sakit.
Malam ini malam yang kurang bernasib. Wifi selalu gagal berfungsi, hendak menyiapkan kerja sekolah juga susah. aduhai..malangnya minggu ini...masih berharap Wifi dapat dibaiki secepat mungkin...
okay...saya perlu rehat...jumpa kali lain !

Thursday, October 9, 2014
Kewujudan Wifi masih tidak dikesan :C
Hari ini bangun lewat. Saya terpaksa makan sarapan saya dengan tergopoh-gopoh. Nasib baik saya tidak tercekik. Persediaan ke kelas semuanya dilakukan dengan cepat sampai hampir tertinggal buku teks.
Cikgu Bahasa Melayu mengedarkan kertas peperiksaan pagi ini, saya terkagum kerana keputusan teruk mata pelajaran Bahasa Melayu adalah disebabkan kesalahan akibat kecuaian dan kekurangan persediaan untuk peperiksaan. Tambahan pula, disebabkan kekurangan latihan untuk bahagian rumusan dan tatabahasa, markah saya banyak ditolak. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna, saya tidak boleh mengadu tentang apa-apa sebaliknya berusaha untuk peperiksaan akhir tahun, seperti dikatakan orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan.
Entah kenapa sambungan Internet di sekolah selalu terdapat masalah akhir-akhir ini. Pada waktu Sejarah petang tadi, cikgu meminta kita mencari maklumat tentang tugasan yang beliau bagi. Namun, disebabkan gangguan Internet selepas bekalan elektrik dibaiki, Kebanyakan pelajar terpaksa pergi ke makmal bahasa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Malam tadi telah saya hadiri satu bengkel SPM bagi subjek Bahasa Cina. Penceramah sangat mesra dengan kami dan cara beliau memberi ceramah sangat menarik, Saya tidak berasa mengantuk padahal saya selalu tidur pada masa itu. Telah banyak ilmu yang telah beliau kongsikan. Ilmu-ilmu itu sangat berguna terutamanya semasa musim peperiksaan.
Sekarang saya sedang "berusaha" dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perkhidmatan Internet. Saya terpaksa menggunakan "mobile data" yang kelajuannya sederhana. Diharapkan Wifi sekolah dapat dibaiki secepat mungkin kerana hidup tanpa Wifi sangat perih, terutamanya pada masa 'kecemasan' untuk menyiapkan kerja sekolah!

Wednesday, October 8, 2014
Hari yang panas...ditambah dengan KETIADAAN WIFI!
Pagi ini saya telah bersusah payah untuk bangun, keadaan yang dingin terlalu selesa untuk tidur!
Sarapan hari ini agak sedap, nasi goreng dengan cili sambal, sedapnya! Walau bagaimanapun, jika mendapat sesuatu, mesti akan hilang sesuatu. Makanan tengah hari dan malam kurang sedap untuk membuka selera saya, saya hanya makan sedikit sahaja. Telur dalam cili sambal, kubis goreng, kari ayam dan sebagainya, walaupun agak menyelerakan, makanan ini hanya menjadi seperti nasi kosong yang kurang rasa jika makanan ini dimakan selalu.
Petang ini semasa rehat tengah hari, bekalan elektrik terputus lagi, Kipas di bilik tidak berputar yang menyebabkan bilik sepanas gurun, penyesuai 'wifi' tidak berfungsi menyebabkan bilik kita seperti 'zaman prasejarah', dipercayai adalah disebabkan 'spotlight' yang tidak dipadamkan pada hari siang! Aduhai, diharapkan perkara-perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kerana gangguan bekalan elektrik amat merunsingkan kita terutamanya golongan pelajar lelaki kerana perkara ini hanya berlaku di asrama lelaki (sedih)!
Baru perasan terdapat kerja sekolah yang belum siapkan, sampai sinilah saya menulis. Selamat membaca!

Tuesday, October 7, 2014
Keletihan yang tidak diketahui kedatangannya...
Saya mendapat keputusan untuk peperiksaan bulan September. Keputusan agak memuaskan walaupun tidak mencapai yang telah saya inginkan. Keputusan meningkat sedikit berbanding dengan peperiksaan bulan Mei. Dengan bahasa ringkas, keputusan saya 'cukup makan'.
Saya telah membazirkan masa pagi saya dengan aktiviti tidur. Entah kenapa sejak beberapa hari dahulu, saya berasa sangat penat. Keinginan untuk tidur tidak berhenti menghantui saya. Nasib baik hari ini adalah cuti ganti, tidak tahu apa yang akan berlaku jika hari ini hari sekolah seperti biasa. Namun esok ialah hari sekolah biasa (malangnya), saya belum memulakan apa yang saya sepatutnya sudah siapkan sebelum malam ini!
Makanan tengah hari tadi tidak seberapa sesuai untuk selera saya, namun kelazatan makanan malam tidak dapat saya elakkan. Daging ayam yang kurang menarik saya dan sos lada hitam yang menjadi saya terhilang kawalan terhadap jumlah makanan yang telah saya makan pada malam ini. Wah, hanya sos lada hitam dapat membuka selera saya!
Saya rasa di sinilah saya berhenti menulis blog, perlu menyiapkan kerja sekolah. Selamat balik ke sekolah!
Monday, October 6, 2014
Cuti Ganti! Cuti Ganti!
Hari ini ialah cuti ganti bagi cuti Hari Raya Aidiladha. Namun, saya berasa sangat penat, entah kenapa. Saya sedang mendengar lagu "Let It Go". Oleh itu, saya berancang untuk merehatkan diri dahulu sebelum mula menyelesaikan kerja sekolah. :D
Akhirnya, akibatnya adalah tiada yang disiapkan sampai waktu malam kerana "pengganggu" (e.g. permainan komputer dan Youtube). Nasib baik telah sempat mencuci baju saya.
Tidak banyak yang boleh dituliskan di sini, seperti tidak banyak kerja yang telah saya siapkan semasa hari cuti, haha!

Saturday, October 4, 2014
Sebelum Hari Raya Aidiladha!
Hari ini ialah hari Sabtu yang menggembirakan. Saya bersama kawan-kawan saya telah mengunjungi beberapa kompleks beli-belah di Bandar Raya Kuala Lumpur. Akhirnya, disebabkan terlalu asyik dalam berjalan, kaki saya sakit setelah saya balik ke sekolah saya. Namun, saya telah makan hidangan yang lama saya tidak jumpa. Wah, sedapnya! Tidak dapat dilupakan perbelanjaan hari ini, hampir telah habis menggunakan wang yang telah saya bawa!
Sudah menjadi biasa duit untuk tambang teksi dan komuter KTM perlu disediakan jika perlu 'outing'. Jumlahnya bergantung kepada tempat yang saya inginkan pergi (atau tempat yang kawan saya hendak pergi, haha :D). Biasanya lebih kurang RM 20 untuk pergi dan balik. Hari ini juga seperti biasa, walaupun tempat yang saya pergi lebih jauh, tambang lain telah digantikan dengan "kesakitan kaki" akibat berjalan dengan selipar (kerana kawan-kawan saya kebanyakan memakai kasut sukan) tanpa berhenti selama satu hari! Segalanya berbaloi setelah dapat menonton satu filem di pawagan bertajuk "Dracula Untold". Kedengaran filem ini mendapat banyak komen, baik positif baik negatif, filem ini adalah agak berjaya pada pendapat saya (amat kesal kerana wang kurang cukup untuk menonton filem ini dalam versi :C). Juga telah membeli beberapa roti dari kedai roti "The Loaf". Wah, kesedapan roti sebegini adalah kali pertama dalam hidup saya, berbaloi berbanding dengan harga roti yang sedikit tinggi daripada roti lain!
Akhirnya, tidak dilupai, selamat Hari Raya Aidiladha!

Penat...dengan keseronokan satu hari...
Hari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) mengadakan aktivit "De-stress Day". Saya merupakan antara AJK yang menguruskan aktiviti ini. Sungguh penat menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan bagi stesen saya. Namun melihat peserta-peserta yang 'terpaksa' menjawab soalan-soalan 'paling susah di dunia', saya berasa peserta yang lebih letih daripada kami (AJK De-stress Day), haha.
Aktiviti seterusnya adalah proses P&P yang kurang dicintai pelajar (LOL) dan makan tengah hari! Hari Jumaat sentiasa adalah hari yang paling menggembirakan kerana makanan tengah hari adalah sama ada nasi goreng ataupun nasi ayam. Tambahan pula terdapat ais krim yang percuma...wah, sedapnya keenakan ais krim!
Walaupun hari ini ialah hari terakhir persekolahan bagi minggu ini, kerja sekolah yang cikgu-cikgu bagi belum satu disiapkan. Saya rasa minggu ini akan menjadi minggu yang sibuk dengan longgokan kerja sekolah dan buku.

Thursday, October 2, 2014
Peperiksaan yang menghantui saya selama 10 tahun... :3
Rasanya Peperiksaan Akhir Tahun akan datang dalam sebulan lagi. Cikgu meminta kami untuk membuat kajian tentang novel "Papa...(akhirnya kau tewas jua!)", tetapi saya belum membacanya. Saya perlu 'mengosongkan' masa saya untuk membacanya, sebuah novel yang menarik kononnya daripada pendapat kawan saya.
Membaca buku bahasa lain selain bahasa ibunda saya selalu tidak menjadi pilihan saya, apatah lagi buku novel. Sejak belajar di Tingkatan 1, tidak sangka membaca cerita-cerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi wajib dan terdapat dalam silibus pembelajaran. Perubahan ini memang merupakan satu perkara yang amat mempanikkan saya. Namun, setelah tiga tahun kehidupan saya di sekolah menengah, saya sudah biasa dengan perkara ini.
Perkara yang paling membimbangkan saya masih ialah peperiksaan yang akan datang. Selain kerja sekolah yang sungguh banyak, kesuntukan masa bagi guru-guru untuk menghabiskan silibus juga merisaukan saya. Saya risau kerana kemungkinan silibus tidak dapat dihabiskan sebelum peperiksaan akhir tahun. Aduhai, tiada guna untuk risau tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan, manusia yang merancangkan, Tuhan yang menentukan!

Wednesday, October 1, 2014
Hari pertama...atas permintaan kerja sekolah dan "carry marks"...
Hari ini mendapat markah peperiksaan Bahasa Melayu. Saya antara murid yang mendapat markah yang paling rendah. Sangat sedih... :'(
Namun cikgu Bahasa Melayu belum mengedarkan kertas soalan peperiksaan, saya perlu melihat kesalahan-kesalahan yang telah saya lakukan semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan supaya saya dapat membuat refleksi sendiri dan belajar daripada kesalahan saya.
Hah, tidak dilupakan hari ini adalah hari pertama saya memiliki dan menulis blog saya yang pertama. Walaupun blog ini didaftarkan atas permintaan kerja sekolah guru, menulis blog kelihatan satu aktiviti yang amat seronok dan berfaedah terutamanya untuk mengisi masa lapang.
Saya sentiasa bersedia menerima tunjuk ajar anda semua kalau terdapat apa-apa yang boleh ditambahbaikkan. :D

Subscribe to:
Posts (Atom)