Sunday, November 2, 2014

PENAT

Esok adalah hari peperiksaan yang pertama, tetapi saya berasa penat. Saya berasa penat untuk mengulang kaji pelajaran, saya berasa letih untuk menduduki peperiksaan. Yer, memang saya sudah menduduki peperiksaan selama sembilan tahun, minda saya sudah biasa dengan soalan-soalan peperiksaan, badan saya sudah biasa dengan suasana dalam dewan peperiksaan, tetapi ini bukan bererti saya suka peperiksaan!

Perasaan penat selalu menghantui saya terutamanya semasa musim peperiksaan, tidak pernah berhenti. Walaupun sudah menjelang minggu peperiksaan, kerja rumah tidak pernah mengaku kalah dan berundur, sebaliknya ia semakin bertambah, ia semakin berlonggok di hadapan meja mengulang kaji saya, meskipun ada niat mengulang kaji pelajaran, tetapi tatkala masa kerja rumah disiapkan, telah tiba masa tidur. Setiap malam perlu saya berjaga sampai larut malam semata-mata untuk membaca buku yang telah dirancangkan. Yang lagi teruk, masa kelas tuisyen menjelang minggu peperiksaan mesti bertambah panjang. Jadual masa sudah terlalu padat, sehingga masa rehat saya tidak sampai beberapa jam. Walaupun kelas tuisyen sudah tiada sejak saya berpindah ke sekolah berasrama penuh ini, keadaannya masih sama kerana kewujudan kerja sekolah tambahan terdapat aktiviti sekolah yang banyak. 

Saya tidak faham apa matlamat saya memenatkan diri hanya untuk menduduki peperiksaan. Kata orang lain keputusan yang cemerlang dapat menjamin masa depan saya yang cerah. Namun hal itu hanya kalau pihak masyarakat juga memberi perhatian kepada keputusan biasa di sekolah, padahal pihak masayarakat hanya mementingkan bilangan A+ yang diperoleh seseorang semasa peperiksaan SPM. 

Jika dilihat kes-kes golongan berjaya dan kumpulan jutawan, sebahagian besar daripada mereka tidak memperoleh keputusan cemerlang semasa waktu kecil, malah terdapat lagi yang melanggar peraturan sekolah dan ponteng kelas. Kebanyakan pelajar cemerlang akhirnya mendapat akibat menjadi seorang pekerja yang gajinya nampak sedikit lumayan daripada purata. Apakah yang telah keadaan sebegini membuktikan? Tepuk dada tanya selera.

Tidak, saya tidak akan memmbenarkan halangan sebegini menjatuhkan saya sebelum kejayaan dicapai! Peribahasa Melayu terdapat satu mutiara kata yang berbunyi berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, berapa usaha yang telah saya laburkan, berapa besarnya buah titik peluh saya. Oleh itu, saya mesti tabah menghadapi cabaran hidup ini!

No comments:

Post a Comment