Monday, November 3, 2014

Hari Pertama Hari Peperiksaan!

Pagi ini saya bangun pada pukul 7.30 pagi, tetapi saya tidak perlu bergeges ke perhimpunan seperti biasa, kerana hari ini hari pertama peperiksaan akhir tahun! (Pengecualian kehadiran ke perhimpunan inilah yang kadang-kala menyebabkan saya suka peperiksaan, walaupun kebanyakan masa saya benci peperiksaan).

Subjek pada hari ini ialah mata pelajaran Matematik Tambahan dan Bahasa Melayu Kertas 1.

Subjek Matematik Tambahan sentiasa menjadi kebimbangan saya, walaupun subjek diumpamakan subjek Matematik yang soalan-soalannya berbelok-belok sedikit, saya bukan jenis orang yang pandai menghafal. Setiap benda tidak akan tinggal dalam minda aku buat masa yang panjang (kecuali kenangan-kenangan yang manis :D), padahal kunci kejayaan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan ialah menghafal, memahami dan bijak menggunakan formula-formula Matematik selain sebuah mesin hitung saintifik. Namun, semasa peperiksaan dijalankan, saya menemui satu lagi masalah. Kelajuan pengiraan saya terlalu lembap, seekor lembu lagi cepat daripada saya. Saya hampir kekurangan masa untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Satu masalah datang lagi sebelum peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1, iaitu tangan saya sakit kerana memegang pen terlalu lama untuk menjawab soalan-soalan Matematik. Namun saya tidak boleh mengaku kalah. Saya masih ada dua buah karangan perlu ditulis sebelum hari peperiksaan pertama ini tamat.

Memang cukup menyeksa dalam dewan peperiksaan menulis dua buah karangan tadi. Tangan tidak berhenti menulis di atas kertas jawapan dalam masa 1 jam 15 minit. Ibu jari saya memang sungguh sakit selepas peperiksaan hari pertama. Susah untuk bergerak.

Subjek-subjek untuk hari esok ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tidak perlu belajar sampai larut malam kerana hanya bahagian komsas yang perlu dibacakan, yang lain seperti bahagian tatabahasa secara jujur adalah bergantung kepada usaha pada hari biasa, tidak dapat dikuasai dalam satu malam. Oleh itu, malam ini saya dapat tidur dengan awal dan lena!

No comments:

Post a Comment