Wednesday, November 5, 2014

Jari aku... T^T

Jari-jari saya hampir patah, walaupun hari ini hanya hari peperiksaan yang ketiga. 

Semalam peperiksaan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Telah banyak menjawab dan menulis dengan tangan saya yang masih sakit sejak hari Isnin. Bagi subjek Bahasa Melayu Kertas 2, saya masih boleh dapat menjawab dengan senang. Namun semasa subjek Bahasa Inggeris Kertas 1, terdapat dua buah karangan yang perlu ditulis. Ini adalah satu cabaran yang amat besar bagi saya terutamanya tangan saya masih dalam penyeksaan kesakitan! 

Saya tidak berhenti menulis, tangan saya tidak berhenti bergerak di atas kertas. Masih terdapat banyak perenggan yang masih belum saya siapkan, pengawas peperiksaan sudah mengisytiharkan bahawa hanya lima minit tinggal. Saya terus mempercepat kelajuan menulis saya, sampai tulisan saya seperti cakar ayam hampir membentuk garisan-garisan lurus mendatar. Saya berusaha menahan kesakitan tangan saya sebelum saya menyiapkan karangan saya. Namun masa berlalu dengan lebih cepat, Kadar menulis saya masih tidak selaju kadar masa berlalu. Masa peperiksaan sudah tamat, tetapi saya gagal meniapkan karangan saya. [T^T]

Kali pertama saya mengambil peperiksaan dalam format SPM, tidak biasa dengannya. Pengurusan masa semasa peperiksaan tidak sebaik yang saya jangkakan. Saya berasa selain membuat latihan yang banyak sekali, saya perlu biasakan saya supaya saya dapat menjawab soalan-soalan SPM kelak. 

Besok ialah subjek Matematik Moden...baik saya pergi mengulang kaji pelajaran sekarang...


Tuesday, November 4, 2014

Di Sebalik Itu...

Aku tidak suka dia! Aku hanya nak menjauhkan ku sendiri daripada dia, aku berasa sungguh tidak selesa semasa berada dengannya, rasa itu seperti ribuan ulat bergerak atas badanku, ribuan semut berjalan atas kulitku! 

Orang lain berkata, aku terdapat sesuatu yang aku simpan dalam hatiku, tetapi aku enggan meluahkan. Mereka hanya pandai meneka, seolah-olah sendirinya ahli menilik nasib. Sampai sesuatu hari, aku terpaksa pulang ke rumah atas urusan keluarga. Mereka ingat urusan keluargaku yang menyebabkanku kurang semangat belakangan ini. Mereka hanya bertanya, "masih okay? boleh jumpa dengan saya jika awak perlu pertolongan". Mereka hanya reti tanya ayat sebegini. Mereka telah memandang rendah aku. Ketabahan aku tidak seperti jangkaan orang biasa.

Mereka tidak perasan aku tidak suka orang itu, hanya kepada seorang sahaja yang aku pernah beritahukan tentang perkara ini. Dialah seorang sahaja yang pernah aku percayakan, tetapi saya tidak sangka dia seorang yang begini! Semakin hari aku melihat mereka berdua semakin rapat, saya mula bencikan mereka berdua. Kawan yang hanya pernah aku percayakan, kawan yang hanya pernah aku bergaul rapat dengannya, kawan yang pernah aku kenali, telah dirampas! Aku telah ditinggalkan oleh seorang kawan rapatku! Kerana dia, aku kehilangan seorang kawan!

Ibu bapa selalu mengajarku, kita perlu sentiasa menjaga hati orang lain, tidak boleh hanya mementingkan diri. Orang yang aku bencikan itu, sungguh angkuh, tidak tahu menjaga air muka orang lain, apatah lagi air mukanya sendiri. Dia selalu ingatkan Bumi hanya berpusing jika dia masih berhidup, hanya mengikut fikirannya sendiri, orang lain tidak pernah wujud di dunia ini. Dia selalu bercakap tanpa memikir (orang kata perbezaan manusia dengan haiwan ialah manusia berakal tetapi haiwan tidak, masih saya berfikir apa yang di dalam otaknya), bercakap kata-kata yang mengguris hati orang lain. Kemudian dia berpura-pura tidak ingatkan apa yang berlaku, selalu menjawab "Ah? Betulkah aku pernah cakap perkataan ini? Aku sudah lupa." Dia ingat dengan alasan sebegini akan orang maafkannya, dia tidak tahu luka di hati senang diguriskan, tetapi sukar sembuh.

Dia selalu mengamuk bila-bila sahaja dia suka, seolah-olah dia adalah seorang Yang Amat Berbahagia. Orang lain cuma sibuk dengan hal-hal masing-masing, malas melayan perangainya. Dia semakin angkuh, tidak erti maksud budi bahasa, tidak erti kawal sendiri! 

Dia telah memijak atas garisan kemarahan aku, kesabaran aku telah mencapai hadnya! Kegelapan aku yang ingin aku kuburkan, telah dibangunkan. Ia sudah dikawal, orang mesti bencikan aku jika mereka terlihat kegelapanku. 

Mereka masih tidak tahu, bahawa aku tidak suka dia. Tiada gunanya mereka tahui, mereka tidak akan membantu... 

Monday, November 3, 2014

Hari Pertama Hari Peperiksaan!

Pagi ini saya bangun pada pukul 7.30 pagi, tetapi saya tidak perlu bergeges ke perhimpunan seperti biasa, kerana hari ini hari pertama peperiksaan akhir tahun! (Pengecualian kehadiran ke perhimpunan inilah yang kadang-kala menyebabkan saya suka peperiksaan, walaupun kebanyakan masa saya benci peperiksaan).

Subjek pada hari ini ialah mata pelajaran Matematik Tambahan dan Bahasa Melayu Kertas 1.

Subjek Matematik Tambahan sentiasa menjadi kebimbangan saya, walaupun subjek diumpamakan subjek Matematik yang soalan-soalannya berbelok-belok sedikit, saya bukan jenis orang yang pandai menghafal. Setiap benda tidak akan tinggal dalam minda aku buat masa yang panjang (kecuali kenangan-kenangan yang manis :D), padahal kunci kejayaan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan ialah menghafal, memahami dan bijak menggunakan formula-formula Matematik selain sebuah mesin hitung saintifik. Namun, semasa peperiksaan dijalankan, saya menemui satu lagi masalah. Kelajuan pengiraan saya terlalu lembap, seekor lembu lagi cepat daripada saya. Saya hampir kekurangan masa untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Satu masalah datang lagi sebelum peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1, iaitu tangan saya sakit kerana memegang pen terlalu lama untuk menjawab soalan-soalan Matematik. Namun saya tidak boleh mengaku kalah. Saya masih ada dua buah karangan perlu ditulis sebelum hari peperiksaan pertama ini tamat.

Memang cukup menyeksa dalam dewan peperiksaan menulis dua buah karangan tadi. Tangan tidak berhenti menulis di atas kertas jawapan dalam masa 1 jam 15 minit. Ibu jari saya memang sungguh sakit selepas peperiksaan hari pertama. Susah untuk bergerak.

Subjek-subjek untuk hari esok ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tidak perlu belajar sampai larut malam kerana hanya bahagian komsas yang perlu dibacakan, yang lain seperti bahagian tatabahasa secara jujur adalah bergantung kepada usaha pada hari biasa, tidak dapat dikuasai dalam satu malam. Oleh itu, malam ini saya dapat tidur dengan awal dan lena!

Sunday, November 2, 2014

PENAT

Esok adalah hari peperiksaan yang pertama, tetapi saya berasa penat. Saya berasa penat untuk mengulang kaji pelajaran, saya berasa letih untuk menduduki peperiksaan. Yer, memang saya sudah menduduki peperiksaan selama sembilan tahun, minda saya sudah biasa dengan soalan-soalan peperiksaan, badan saya sudah biasa dengan suasana dalam dewan peperiksaan, tetapi ini bukan bererti saya suka peperiksaan!

Perasaan penat selalu menghantui saya terutamanya semasa musim peperiksaan, tidak pernah berhenti. Walaupun sudah menjelang minggu peperiksaan, kerja rumah tidak pernah mengaku kalah dan berundur, sebaliknya ia semakin bertambah, ia semakin berlonggok di hadapan meja mengulang kaji saya, meskipun ada niat mengulang kaji pelajaran, tetapi tatkala masa kerja rumah disiapkan, telah tiba masa tidur. Setiap malam perlu saya berjaga sampai larut malam semata-mata untuk membaca buku yang telah dirancangkan. Yang lagi teruk, masa kelas tuisyen menjelang minggu peperiksaan mesti bertambah panjang. Jadual masa sudah terlalu padat, sehingga masa rehat saya tidak sampai beberapa jam. Walaupun kelas tuisyen sudah tiada sejak saya berpindah ke sekolah berasrama penuh ini, keadaannya masih sama kerana kewujudan kerja sekolah tambahan terdapat aktiviti sekolah yang banyak. 

Saya tidak faham apa matlamat saya memenatkan diri hanya untuk menduduki peperiksaan. Kata orang lain keputusan yang cemerlang dapat menjamin masa depan saya yang cerah. Namun hal itu hanya kalau pihak masyarakat juga memberi perhatian kepada keputusan biasa di sekolah, padahal pihak masayarakat hanya mementingkan bilangan A+ yang diperoleh seseorang semasa peperiksaan SPM. 

Jika dilihat kes-kes golongan berjaya dan kumpulan jutawan, sebahagian besar daripada mereka tidak memperoleh keputusan cemerlang semasa waktu kecil, malah terdapat lagi yang melanggar peraturan sekolah dan ponteng kelas. Kebanyakan pelajar cemerlang akhirnya mendapat akibat menjadi seorang pekerja yang gajinya nampak sedikit lumayan daripada purata. Apakah yang telah keadaan sebegini membuktikan? Tepuk dada tanya selera.

Tidak, saya tidak akan memmbenarkan halangan sebegini menjatuhkan saya sebelum kejayaan dicapai! Peribahasa Melayu terdapat satu mutiara kata yang berbunyi berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, berapa usaha yang telah saya laburkan, berapa besarnya buah titik peluh saya. Oleh itu, saya mesti tabah menghadapi cabaran hidup ini!

Saturday, November 1, 2014

Hari Sabtu ini...

Masih dalam proses mengulang kaji untuk peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi pada hari Isnin. Namun gangguan Wifi telah menyebabkan pengulangkajian saya terpengaruhi. Sebelum kemudahan Wifi diberhentikan, saya dapat melayari internet untuk mencari jawapan kepada persoalan saya. Namun sekarang saya terpaksa mencari buku-buku lain atau bertanya kepada orang lain untuk mendapat jawapan.

Memang hari ini jadual masa saya telah dipenuhi dengan 'sesi-sesi' pengulangkajian sahaja, selain makan dan tidur. Saya tidak suka peperiksaan, kerana penyediaannya sungguh menyeksakan. Setiap malam perlu mengulang kaji sampai larut malam, selepas tidur untuk hanya beberapa jam, saya perlu bangun sangat awal untuk meneruskan 'perjuangan' saya.

Namun terdapat satu pengecualian yang amat saya sukai semasa musim peperiksaan, iaitu saya tidak lagi perlu bangun awal setiap hari untuk menghadiri perhimpunan kerana perhimpunan dibatalkan pada musim peperiksaan! Selain itu, masa manis datang selepas peperiksaan berakhir kerana masa itu ialah masa cuti penggal persekolahan yang lama ditunggu oleh hampir setiap pelajar!

Peperiksaan bukan sahaja menguji hasil pembelajaran saya, tetapi juga mengajar saya beberapa nilai dalam kehidupan. Peperiksaan mengajar saya bahawa setiap pengorbanan itu mesti ada buah hasilnya. Saya juga mempelajari bahawa kebahagiaan mesti datang selepas kita telah tabah mengharungi cabaran hidup.

Baiklah, di sinilah patut saya berhenti menulis, terus mengulang kaji supaya dapat berjaya menjawab soalan-soalan peperiksaan. :P